Sambal bilis garing telur masin Cik Ma, seimbang rasa masin, manis dan pedasnya. Sesuai dimakan bila-bila masa. Sambal ini sesuai dinakan bersama nasi putih panas-panas atau pun bubur nasi. Memang ngam habis. Buat untuk anak-anak bawa bekal ke asrama pun sesuai sebab tahan lama.
Yang nak pergi travel pun, sesuai bawa sambal ini sebagai bekalan.
Sambal ini sesuai dimakan bila-bila masa termasuklah waktu sahur. Kadangkala tekak kita nak layan lauk yang simple macam ni je kan? Takut nanti makan bertambah-tambah pula.
Boleh cuba resipi ini yang dikongsikan oleh puan Zainor Shima Ihsan(Cik Ma) ini. Katanya sambal ini
Sambal Bilis Garing Telur Masin
Bahan-bahan:
500 gram cili kering kerinting pedas @ cili kering besar tak pedas. Boleh mix cili ye – boleh beli online di sini
Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji-biji. Basuh cili kering dan tos untuk keringkannya. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng sampai garing. Jangan sampai hangus ye.
Kemudian guna blender kering, kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.
Ads
Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada dua bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Panaskan minyak. Guna lebihan minyak gorengan cili kering tadi, ambil 4 sudu besar minyak. Masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
Masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng kasar dan halus, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk telur masin, serbuk cheese ( terpulang nak letak atau tidak).
Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api.
Siap! Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/telur masin. Dah siap. Selamat mencuba!
Anda pernah makan Sambal Kacang Hijau? macam pelik tapi khabarnya sangat sedap. Datin Hajah Nor Azlin dari Melaka telah berkongsi resipi ini dan turut buat live video via FB mahn. Jom kita tengok apa kata Datin Nor tentang sambal ini.
“Ok dengan penuh kasih sayang dan atas permintaan ramai sahabat #mahi sy bg resepi penuh ye,sila tag kwn2 lain dn share resepi ni ye…mudah2an perkongsian ini bermanafaat utk anda sekeluarga dn mengalir kan pahala berganda buat arwah ibu sy hjh kama ishak😢…serta jutaan kasih syg dn terimakasih bt suami tersyg Datuk fazil yg selalu memberi teguran jika sy msk x sdp dia ckp dgn jujur jika sdp juga dia bgtau dgn jujur hehe..
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang hijau | rendam semalam 6 ke 8 jam dan dibuang kulitnya separuh
Bawang putih+ bwg merah +daun pandan utk menumis
600gm Daging
500gm udang hidup
Udang kering segenggam,cili api+cili besar dipotong keping
Serai dihiris nipis
2 tin susu cair
4biji bawang besar
3 bungkus soon
2 Asam keping ,
Gula, garam & serbuk perasa,
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun pandan sehingga garing.
2. Masukkan daging dan sebahagian serai yang dihiris nipis.
3. Kemudian masukkan baki serai tadi bersama cili api,cili besar serta udang kering.
4. Setelah daging separuh masak masukkan kacang hijau, masukkan susu. Setelah kacang agak-agak empuk boleh masukkan soon.
5. Kemudian boleh masukkan udang, asam keping dan bawang besar.
6. Kemudian boleh masukkan gula garam dan serbuk perasa kemudian boleh dihidang kan….
Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan Jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi dua kali. Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal perkongsian saudara Jamil Rozali ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
RESIPI SAMBAL TOTOK JAWA SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis ikut suka banyak mana – beli online disini
Segenggam cili api
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan – beli online disini
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng garing kemudian tos dan asingkan.
2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.
4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka. Sambal Totok Jawa sedia untuk dinikmati.
Jom cuba buat cili boh homemade! Maklumlah, cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih padu, lebih bersih, dijamin halaldan sesuai digunakan pelbagai jenis masakan.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!