Jom cuba buat Sambal Bilis Kering yang sedap ni. Ramai yang suka makan sambal, sama ada jenis sambal basah berkuah atau sambal kering. Tapi kalau buat Sambal Bilis Kering rangup ni, makan memang tak berhenti. Berhantu betul sebab boleh juga sedap ratah macam tu saja.
Menerusi perkongsian daripada Sara Long, Sambal Bilis Kering ini menjadi kegemaran mereka suami isteri. Malah lebih menarik, sambal mampu bertahan 3 bulan di luar dalam masih elok rangup dan tak rosak.
RESIPI SAMBAL BILIS KERING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg bilis (kalau nak sedap, cari bilis yang nipis) – beli online di sini 300gm cili kering gemuk (tak pedas) – beli online di sini 150gm cili kering pedas (kalau nak pedas, letak banyak mana anda nak) 2 ketul pati bilis knorrs 250gm bawang goreng Gula halus @ kisar je gula biasa – beli online di sini Garam – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Cuci bilis dan toskan. Goreng sampai garing. 2. Basuh cili kering dan toskan. Masak guna air fryer sampai rangup. 3. Dah masak, tumbuk-tumbuk atau patah-patahkan. Nanti toskan guna jaring nak buang biji-biji cili.
Ads
4. Kisar kering sampai jadi chili flakes. Pakai sarung tangan dan pelitup muka ya, nanti terbatuk menangis-nangis kena habuk cili. 5. Panaskan 3 sudu minyak masak. Masuk pati bilis kacau sampai hancur.
6. Masuk cili kisar tadi, gula, garam. Kacau-kacau sampai sebati. Guna api kecil, nanti hangus cili dan akan rasa pahit. Kacau dalam 5 minit je, kemudian tutup api. 7. Masuk bilis dan bawang goreng. Gaul-gaul sebati. Rasakan cukup masin manis semua tu. Kalau nk tambah tempe/ kacang pun boleh. Goreng sampai garing dulu, kemudian masukkan semua dan gaul-gaulkan.
Merupakan sajian sambal tumis kentang dicampur dengan ikan bilis yang dimasak kering. Enak makan bersama nasi putih hangat dan telur goreng atau ikan goreng.
BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis ] digoreng garing
3 biji ubi kentang ] dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah ] dikisar
50gm cili padi merah ] dikisar
1 biji bawang besar ] dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 20 minit Jenis hidangan: Minang Keistimewaan: Pedas menyengat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng dan tumis
Resipi air tangan orang tua dulu-dulu, memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM PUSAKA & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Bayangkan rangupnya peria dengan ikan bilis goreng, kemudian dijadikan sambal garing cili padi. Kena pulak dengan nasi panas memang terlajak makanlah jawabnya. Peria ni banyak khasiatnya, jadi tak salah kalau korang masukkan peria dalam menu harian. Walaupun ada sedikit pahit, tapi pahit-pahit sedap apa salahnya… Cubalah ye.
SAMBAL PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji peria katak | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmi
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK
1. Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah bahan tumisan garing tutup api.
8. Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
9. Sambal goreng peria sedia dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.