Sambal Bilis Nasi Lemak Bonda Masak 3-4 Jam Lamanya Untuk Rasa Lebih Padu

Share

Resipi rahsia bonda sambal bilis untuk jualan nasi lemak ini dikongsi oleh Nursyafiqah Nadiah Abdullah. Untuk hasil yang lebih sedap dan sebati sambal dimasak lama antara 3-4 jam.

SAMBAL BILIS NASI LEMAK BONDA

BAHAN-BAHAN:

  • *10 bji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 kilo cili kering
  • Belacan (sebesar kiub pati ayam)
  • Asam jawa @ asam keping ikut citarasa anda
  • Ikan bilis ikut suka banyak mana


CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  2. Perasakan dengan garam gula.
  3. Masukkan bilis (tidak perlu digoreng) dengan air asam.
  4. Masak hingga naik minyak. Untuk lagi sedap masak lama dalam 3 hingga 4 jam. Waktu ini guna api kecil.

INFO: Sebelum masukkan ikan bilis boleh tumbuk kasar. Atau asing kisar dalam senggenggam ikan bilis untuk tambah rasa.

    KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nursyafiqah Nadiah Abdullah

    Published by
    Zera Naim