Sambal bilis santan ini boleh jadi pilihan pencicah yang sedap selain air asam atau sambal belacan sekiranya menghidangkan ulam.
Menurut Noor Lieni yang berkongsi resipi ini, sambal ini antara hidangan orang lama namun diolah mengikut caranya. Enak dicicah dengan pucuk paku atau pucuk betik tapi boleh saja dimakan dengan ulam lain.
Ikan bilis kasar -dibersihkan
1 kotak kecil santan
1 biji bawang besar -dipotong kasar
Cili padi hijau
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air asam -secukupnya
1 genggam cili kering
1 bii bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Baca: Cara Buat Sambal Bilis Garing Salted Egg, Makan Dengan Telur Mata & Nasi Putih Saja Pun Dah Sedap
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Tuang santan dan kacau rata.
3. Selepas mendidik masukkan ikan bilis kasar bersama bawang besar yang dipotong. Tumis hingga pecah minyak sekali lagi.
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan cili padi dalam sambal untuk rasa pedas. Kacau seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan dengan ulam.
Kredit resipi & foto: Noor Lieni
Baca: Tip Buat Sambal Bilis Kacang Yang Sedap, Rangup & Tahan Berminggu-Minggu