Pernah tak korang pernah rasa Sambal Bilis Telur Pecah, kalau ada yang pernah rasa mesti tak cukup sekali makan. Menu ni sangat sesuai untuk Si Bujang dan korang yang suka makan lauk sempoi dan tak mahu duduk lama di dapur.

.Konsepnya masuk lebihan sambal dalam kuali, panaskan kemudian pecahkan telur di dalamnya, kacau rata dan siap. Kalau takda sambal lebih, korang tumbuk je cili, bawang dan ikan bilis, kemudian tumis dalam kuali, bila dah garing pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata, kemudian perasakan dengan garam gula dah siap.

Sambal Bilis Telur Kacau Paling Sedap & Senang Buat Ni.

SAMBAL BILIS TELUR KACAU

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 biji telur ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR KASAR:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 10-15 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan ikan bilis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  3. Kecilkan api dan tumis sambal bilis kisar hingga garing.
  4. Setelah garing pecahkan telur di dalamnya, kacau rata hingga sebati.
  5. Tutup api dan Sambal Bilis Telur Hancur sedia dihidangkan.

 

INGIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN PEMPROSES MAKANAN YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI

IKLAN

JIKA INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, BOLEH LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JOM SEMAK RESIPI DI LINK INI :

IKLAN

Dua Sambal Hit, Sambal Sotong Kembang VS Sambal Tumis Kerang.

Popia Sira Sambal Tak Jemu DiMakan, Sedap Ikut Resipi Ni.

Kuah Bakso Indonesia Original & Sambal Kicap, Sedap Makan Dengan Mi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI