Sambal Bilis Tempe Kering Memang Padu Rasa, Buat Tak Henti Makan

Share

Lauk pauk yang ringkas jadi kegemaran ramai.  Fikirkan menu yang kita boleh masak sekaligus banyak dan buat stok untuk dimakan berterusan. Maka tidak perlulah kita sering keluar untuk membeli bahan mentah. Contohnya seperti menu yang disediakan ini . Makan pula dengan nasi panas-panas, pasti bertambah makan.

Sambal Bilis Tempe Kering

Bahan-bahan:

  • 6 bungkus tempe ) dihiris nipis2 memanjang)

    300 gm ikan bilis
  • Bahan-bahan untuk dikisar:
  • 300 gm cili mesin
  • 300 gm bawang merah )
    50gm bawang putih )-BELI ONLINE DI SINI
    50gm ikan bilis )dikisar
    100gm belacan bakar ) BELI ONLINE DI SINI
  • 100ml air asam jawa(pekat)
  • 210gm gula kabung
  • Minyak masak secukupnya
    Garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Panaskan kuali berisi minyak.  Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing.Seelok-eloknya digoreng berasingan kerana masa memasak dua bahan ini tidak sama. Kemudian toskan minyak.

2.Selepas itu masukkan bawang yang telah dikisar dengan belacan dan ikan bilis. Tumis hingga naik bau.

3.Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata dan masukkan gula kabung. Kacau rata dan perlahankan api masak sehingga naik minyak.

4.Masukkan air asam jawa, perlahankan api dan biarkan sambal betul-betul garing sambil dikacau (lebih kurang satu jam).

5.Tutup api dan masukkan garam secukupnya.

6.Apabila sambal telah sejuk baru masukkan bahan-bahan yang telah digoreng terlebih dahulu.

*tip untuk tempe dan ikan bilis kekal garing
~ buangkan minyak yang berlebihan pada sambal.
~ simpan dalam bekas kedap udara
~ sesuai dimakan dengan nasi panas, pasta, maggi, mi, bubur dan roti
~ kalau kreatif lagi boleh buat topping untuk piza

Resipi: Datin Shida Yusoff

INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI.

Published by
Putri