Makan tanpa sambal macam tak lengkap hidangan. Lagi pedas lagi kaw rasanya. Jadi untuk rasa kelainan boleh cuba buat sambal cili api bunga kantan. Bau aroma bunga kantan sangat membuka selera.
Sambal Cili Api Bunga Kantan

Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bunga kantan
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Gula
Minyak
Cara membuat:
1.Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan.


2.Hiris bunga kantan (ikut nak halus atau nak kasar)
3.Kisar cili api, bawang putih dan bawang merah.


4.Tumis guna minyak goreng ikan bilis. Dah masak sambalnya, masukkan bunga kantan sampai layu.

5.Perasakan dengan garam dan gula.
6.Dah sejuk sambal ni baru gaul dengan ikan bilis.
**Ikan bilis nak tumbuk kasar tumis sekali dengan cili blend tu pun sedap
Kredit: Aiza Hamdan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
7 Idea Sajian Sambal Guna Ikan Bilis. 20 Minit Dah Siap Masak.

Orang kata, ikan bilis ni menu sementara menunggu gaji masuk. Kini tidak lagi. Ikan bilis pun mahal ye harganya. Jika dah bosan atau tak ada selera makan, ikan bilis ni boleh jadi lauk penyelamat. Dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | hiris melintang
- 200gm ikan bilis | kopek
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3-4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
4.Kacau hingga pecah minyak.
5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 15-20 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
6.Masukkan pula hirisan bawang besar.
7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
- 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
- 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
- 10 biji cili padi | dikisar halus
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
Jom Buat Sendiri! Resipi Mayones, Sos Lada Hitam & Sos Cili Thai

Menerusi posting di Facebook, saudari Aiezan Shaarie tidak lokek berkongsi cara beliau menghasilkan Mayones, Sos Lada Hitam dan Sos Cili Thai yang dibuat secara homemade.
Mayones, sos lada hitam dan sos chili thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni semua nak save. Buat sendiri terjamin kebersihannya kan? Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya! Aminnn…tak perlu beli lagi.
Kalau nak kuantiti yang banyak, gandakan je resepinya. Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak. Mayones dan sos chili boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam peti sejuk dengan cara penyimpanan yang betul. Back papper saya tak pasti. Saya berniaga jadi tak sempat simpan lama. Dah habis! Saya akan buat 3 jenis sos tu seminggu 2 kali. Selamat mencuba!
1. MAYONES

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur mentah – ambil putih dan kuning telur sekali ye
- 4 sudu makan gula
- 1 sudu makan garam
- 1/2 biji jus lemon – boleh gantikan dengan 1 sudu besar @ lebih cuka makan
- 2 cawan minyak masak /minyak jagung – beli online disini
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dan kisar.
- Setelah sebati, masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai habis. Terus kisar sehingga adunan jadi putih dan likat.
- Kemudian masak bahan tadi menggunakan api paling kecil. Kacau hingga pekat. Pastikan ia sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih.
- Bila dah dapat konsistensi @ kepekatan yang anda nak, padamkan api dan sejukkan.
- Kisar sekali lagi hingga dapat tekstur yang halus. Siap! Sedia untuk digunakan.
2. SOS LADA HITAM @ BLACK PEPPER

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan lada hitam ( rendam dalam air selama 4 jam. Jika nak rasa lebih pedas, boleh lebihkan) – kisar – beli online disini
- 3 sudu makan tepung gandum – boleh lebihkan jika nak kuah yang pekat – beli online disini
- 1 biji bawang holland – dicincang / dikisar
- 1 kiub pati ayam – boleh lebihkan – beli online disini
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 3 sudu makan mentega / marjerin – beli online disini
- 2 sudu makan sos lada hitam – tak guna pun tak mengapa – beli online disini
- 2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 2 sudu makan kicap – untuk warna – beli online disini
- Garam, gula dan serbuk perasa
Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dan masukkan bawang serta lada hitam hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
- Seterusnya masukkan air dan kiub pati ayam. Tambahkan kicap untuk mendapatkan warna yang kita mahu.
- Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Masak hingga pekat.
- Sedia untuk digunakan.
3. SOS CILI THAI

BAHAN-BAHAN:
- 10 biji lada besar ( cili merah)
- 5 biji cili padi merah – kalau nak pedas boleh lebihkan
- 3-5 ulas bawang putih
- 1 cawan gula – boleh lebih dan kurangkn jika mahu – beli online disini
- 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air. Tujuan untuk memekatkan sos. – beli online disini
- Sedikit garam – ikut citarasa
- 2 sudu makan cuka – nak rasa masam boleh lebihkan – beli online disini
- 4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Kisar cili/lada bersama bawang putih.
- Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tambahkan gula. Sebatikan.
- Kemudian masukkan cuka, garam, air dan bancuhan tepung jagung. Kacau laju-laju hingga berkilat dan pekat.
- Rasa sos ikut kemanisan yang dikehendaki. Setelah semuanya ok, padamkan api. Sedia untuk digunakan.
Kredit resipi & foto: Aiezan Shaarie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Sambal Tempoyak Bilis Petai Super Sedap. Boleh Berpeluh Makan

Sambal tempoyak bilis petai ini memang sedap dan memanggil-manggil untuk makan bertambah-tambah nasi nanti.
Sebenarnya mudah saja nak masak sambal tempoyak bilis petai ini. Bahan pun tak banyak sangat guna. Lauk yang cukup simple tapi boleh berpinggan makan nasi. Tak caya, cubalah!
Okay, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sanah Ana ini ye.
Sambal Tempoyak Bilis Petai
Bahan-bahan:
1 cawan tempoyak
Sedikit cili padi – boleh beli online di sini
1 sudu teh garam – boleh beli online di sini
Ikan bilis – boleh beli online di sini
Petai – buang kulit
Daun kunyit
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Goreng dulu ikan bilis. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Tumbuk cili dengan garam. Setelah siap tumbuk, gaulkan dengan tempoyak (lagi banyak lagi sedap)
Dah siap gaul, panaskan minyak masak. Tumis campuran cili dan tempoyak tadi. Masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng. Gaul sampai rata.

Masukkan daun kunyit sikit dan gaul lagi.
Last sekali masukkan petai. Gaul sekejap jer biar petai itu rangup.

Siap. Makan dengan nasi panas-panas memanf mantap! Tak cukup sepinggan nanti.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Ikan Goreng Berapi. Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

