
Siapa pernah makan Daging Pekasam, orang lama-lama menang tahu akan keenakan daging ini dan anatara menu yang sangat sedap dibuat dengan daging pekasam ini adalah masak sambal. Potong Cili Bawang je korang, ia memang menghabiskan nasi 2-3 pingganlah jawabnya. Nak buatnya pun senang, korang boleh cuba.
.
SAMBAL DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging pekasam | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- Gula secukupnya
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 4 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu.
- Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
- Terus kacau sehingga daging kering.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Aneka Donut Ala Big Apple Yang Gebu Gebas..Anak-Anak Pasti Suka!

Asyik beli donut kat luar je, jom lah kita buat donut sendiri di rumah. Macam-macam jenis donut boleh kita buat, nak yang biasa ke, berinti coklat, kastard dan sebagainya, semuanya mengikut kreativiti sendiri dan pastinya lagi puas hati! Kali ni jom kita buat donut ala Big Apple yang gebu gebas!
DONAT COKLAT
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan tepung kek
- 6 kuning telur
- 3 sudu makan gula pasir
- 3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
- 1¾ oz yis
- 1 cawan air suam
- 1 cawan susu full cream panas
- ½ cawan yogurt biasa
- ½ sudu kecil garam
- Minyak masak
- Jem pilihan (boleh menggunakan Nutella!)
CARA PENYEDIAAN
Adunan 1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sehingga menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
Adunan 2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
Adunan 3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan Adunan 1, Adunan 2 dan Adunan 3 sekaligus, uli sehingga menjadi doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, bermakna sudah boleh diangkat.
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Kredit Resipi & Foto: Mohd Norafzal Bin Narawi
DONAT KASTARD
BAHAN (KASTARD)
- 2 biji kuning telur
- 1 sdb tepung kastard
- 1 sdb tepung jagung
- 1 sdb tepung gandum
- 3 sdb gula kastor
- 1 cawan susu segar
- 1 sdb butter
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
Semua bahan dicampur dan dimasak atas api kecil. Kacau tanpa henti sehingga pekat.
BAHAN (DOH)
- 2 cawan tepung gandum (ayak 3x)
- 2 sdb tepung jagung
- 2 sdb butter
- 1 sdb shortening
- 1 sdb susu tepung (tak letak pun takpe)
- 1 sdb gula
- 1/2 sk garam
- 1 biji telur
- 6g yis mauripan (agak2 1/2 paket lebih sikit)
- 90ml air suam (anggaran)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur dan garam
- Satukan semua bahan, masukkan telur tadi. Gaul sampai bersatu.
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
- Rehatkan doh. Tutup sebentar dan biarkan doh naik 2x ganda.
- Apabila doh sudah naik, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada bahagian kecil. Canai sedikit dan masukkan filling kastard. Tutup doh semula dan bulatkan semula.
- Tunggu sebentar biar doh naik sedikit.
- Goreng dengan api sederhana.
- Dah sejuk, tabur gula icing.
- Siap!
Kredit Resipi & Foto: Noraida Durani
DONAT GREEN TEA LEMBUT
BAHAN KERING
- 3 cawan tepung protein tinggi
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil yis segera
BAHAN PENAIK
- 1/8 cawan mentega
- 1/8 cawan marjerin
- 1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain)
BAHAN CECAIR
- 1 biji telur
- 3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna)
- 80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil perisa mentega
BAHAN TOPPING
- 2 cawan gula halus
- 1 sudu kecil serbuk matcha green tea
- 1/4 cawan air masak
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul hingga rata.
- Masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 2 minit.
- Tukar kepada kelajuan sederhana, lalu tambahkan bahan penaik. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan menjadi licin.
- Keluarkan adunan donat lalu biarkan ditutup rehat hingga 30 minit.
- Ratakan adunan donat setebal 2 cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak melekat.
- Tutup dengan plastik lalu rehatkan selama 60 minit.
- Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal.
- Gunakan acuan donat untuk menerap bentuk donat yang dikehendaki.
- Tabur sedikit tepung ke atas dulang. Lalu susun adunan donat yang sudah dibentuk di atas dulang.
- Biarkan donat kembang hingga menjadi 2 kali ganda.
- Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana.
- Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga merata.
- Celupkan donat ke dalam cecair green tea.
- Siap!
Kredit Resipi & Foto : Lativa Sakina
DONAT GLAZE
BAHAN-BAHAN
- 1 cmb dry yis
- 2 cmb gula
- 1/4 cwn air suam
- 1 1/2 cwn warm fresh milk
- 1/2 cmt garam
- 2 biji telur ayam
- 1/3 cwn shortening
- 5 cwn tepung gandum / high-protein
- Minyak untuk deep fry
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan yis dan gula ke dalam air suam, kacau sedikit bagi gula larut dan biarkan hingga berbuih.
- Masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat lubang ditengahnya, campurkan semua bahan dan uli hingga sebati dan tidak melekat di mangkuk adunan tu.
- Tutup atau simpan doh/adunan dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab dan simpan dalam oven yang tertutup rapat (INGAT oven tu jangan on api, cuma nak bagi cepat naik sahaja). Biar sampai naik 2 kali ganda.
- Tabur tepung atas papan canai, canai doh tadi setebal 1/2 inci.
- Terap menggunakan acuan donat. Susun dalam loyang, jarakkan dan tutup dengan kain lembab, biarkan hingga kembang sekali lagi.
- Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan minyak tu betul- betul panas, jika tak nanti donat jadi tak cantik dan serap banyak minyak.
- Angkat dan letakkan di atas kitchen paper supaya serap minyak berlebihan.
Info: Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit/light golden, terus angkat dari kuali). Sejukkan, simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Kalau nak guna keluarkan biar hilang sejuk, kemudian boleh digoreng.
BAHAN GLAZE
- 1/3 cwn butter
- 2 cwn powder sugar
- 1 1/2 sudu kecil vanilla
- 5 cmb susu segar suam (tambah jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan butter dalam microwave, masukkan powder sugar dan esen vanilla.
- Kacau sedikit, campur beberapa sudu susu segar suam sampai glaze jadi “nipis” (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair sangat, ikut suka, kalau nak buat glaze berwarna-warni dan berperisa boleh gantikan esen vanila tu dengan pelbagai esen seperti esen lemon+1-2 drops pewarna kuning, strawberry esen+ 1-2 drops pewarna merah, respbery esen+1-2 drops pewarna ungu).
- Celupkan 1 permukaan donat-donat tadi semasa masih panas, susun atas cooling rack bagi lebihan gula menitis, boleh juga tabur chocolate rice, kekacang atau lorekkan/paipkan dgn warna yang berlainan supaya nampak belang- belang di atasnya. Bila dah sejuk lebih kurang 5 minit, donat sedia untuk dimakan.
Kredit Resipi: Lydia Honey
DONAT TOPPING BERWARNA-WARNI
BAHAN-BAHAN
- 500gm tepung roti
- 1 paket yis mauripan
- 100 gm gula kastor
- 100 gm marjerin
- 1 sudu kecil garam
- 200 ml air
- 4 biji kuning telur (jangan guna putih telur)
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat pada tangan. Uli lebih kurang 15 minit.
- Bulatkan doh kecil-kecil.
- Ambil sudu dan tekan di tengah-tengah doh menggunakan belakang sudu. Tekan guna jari pun boleh.
- Ambil penutup botol air mineral dan buat lubang ditengah-tengah doh. Buat hingga habis.Biarkan doh lebih kurang 15-20 minit.
- Panaskan minyak yang banyak dan goreng donut hingga keperang-perangan.
- Tos dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah buat toppingnya pula.
TOPPING
Coklat masakan – coklat
Coklat masakan – putih
Coklat masakan – pink (perisa strawberry)
Coklat urai
Coklat chips
Kepingan badam – bakar 5 minit
Badam hancur – bakar 5 minit
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Jika rasa coklat pekat sangat, tambah sedikit whipping cream hingga mendapat kepekatan yang disukai.(jangan cair sangat ya).
- Celupkan donat yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan coklat urai/coklat chips dan taburan kacang yang disukai.
- Siap!
Kredit Resipi: Norhafizah Miswan
Selamat mencuba!
Resipi Daging Mudah Dan Sedap

Isi Kandungan
ToggleResipi daging mudah dan sedap. Ada orang suka masakan yang kering dan ada yang suka jenis berkuah.
Bagi yang suka masakan kering, boleh cuba empat masakan berasaskan daging kering ini.
Resipi Daging Mudah Dan Sedap
DAGING GORENG PETAI
BAHAN-BAHAN:
300 gram daging
2 ulas bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
1 labu bawang besar – boleh beli online di sini
50 gram petai yang dikupas kulit
Sos tiram – boleh beli online di sini
1 sudu makan kicap manis –boleh beli online di sini
Tomato (hiris)
1 biji cili besar merah (hiris)
Cili besar hijau (hiris)
Sedikit serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula secukupnya – boleh beli online di sini
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Daging dipotong nipis, gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak.
- Masukkan petai, bawang putih dan bawang merah. Goreng seketika.
- Masukkan sos tiram dan kicap. Gaul sekata.
- Perasakan dengan garam gula secukup rasa.
- Akhir sekali,masukkan tomato, hirisan bawang besar,cili merah, cili hijau.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300 gram daging
1 labu bawang besar (hiris) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar) – boleh beli online di sini
3 ulas bawang merah (tumbuk kasar) – boleh beli online di sini
10 biji cili padi (tumbuk kasar)
2 tangkai kacang panjang (potong 1 inci)
Garam – boleh beli online di sini
Gula secukupnya – boleh beli online di sini
Sedikit serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Rebus daging dan hiris nipis. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga terbit bau.
- Masukkan kacang panjang yang telah dipotong. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan hirisan bawang besar. Masak sehingga kering.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
- Untuk membuat air asam; Kisar semua bahan kecuali tomato dan bawang besar.
- Potong bawang besar dan tomato, masukkan kesemuanya ke dalam bahan kisar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Hidangkan bersama daging bakar.
CARA MEMASAK:
- Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang seketika dan masukkan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Masukkan serai yang telah dititik dan seterusnya masukkan daging dan santan. Kacau sekata.
- Tunggu sehingga daging empuk dan masukkan kicap manis dan sos tiram.
- Kacau dan biar mereneh sehingga berwarna kuning.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
300 gram daging
1 sudu teh serbuk lada hitam – boleh beli online di sini
Sos lada hitam
1sudu teh sos tiram – boleh beli online di sini
Sos tomato – boleh beli online di sini
1 sudu teh sos cili – boleh beli online di sini
Kicap manis
1 biji lada benggala
Bawang besar – – boleh beli online di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Sedikit cuka
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang merah – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1cm halia – – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
- Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
- Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
- Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG KURMA
BAHAN-BAHAN:
300 gram daging
2 biji bawang merah* – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih* – boleh beli online di sini
2cm halia* – boleh beli online di sini
1 sudu teh jintan manis*
Rempah kurma*
1 sudu teh rempah kari* – boleh beli online di sini
1/2 cawan santan pekat
1 batang serai (titik)
½ cawan air
2 sudu makan sos tomato
2 sudu garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Daun kari secukupnya
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan bertanda (*).
- Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
- Masukkan daging. Kacau perlahan.
- Masukkan air dan santan. Kacau sekata.
- Tunggu sehingga daging empuk.
- Masukkan serai, sos tomato,kicap dan daun kari.
- Gaul sekata dan angkat dan sedia dihidangkan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Singgang Tulang Bukan Sahaja Sedap, Malah Bagus Untuk Kesihatan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Terliur Pulak Rendang Rebung & Pajeri Kedondong Bulan Puasa Ni.

Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.
RENDANG REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 500gm rebung madu | rebus dan tos
- 150gm daging kisar
- 300ml santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 2 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
- Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
- Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
- Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Apabila timbul minyak, tutup api.
- Rendang rebung sedia dihidangkan.
PAJERI KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji kedondong muda | buang kulit
- 250ml santan kotak
- 2 sudu makan udang kering | cuci bersih dan kisar kasar
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan rempah kerutup
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk jitan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
- 3cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Rebus buang kedondong hingga lembut. Angkat dan tos.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah pemumis dengan bahan kisar.
- Setelah wangi campurkan pula campuran serbuk rempah ratus yang telah dibancuh dengan sedikit air serta udang kering yang telah dikisar tadi.
- Kacau hingga pecah minyak, baru masukkan santan.
- Setelah mereneh masukkan buah kedondong yang telah direbus tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, dan masukkan kerisik.
- Kacau rata, apabila timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.