Menjelang nak berpuasa nanti, menu sambal wajib ada sebagai pembuka selera. Kalau rajin bolehlah buat sendiri sambal garing. Selain ditabur di atas nasi. makan dengan bubur pun sedap.Bahan-bahan membuatnya juga mudah didapati.
SAMBAL GARING
Bahan-bahan:
Cili kering yang pedas(cuci tos dan goreng dengan minyak,jangan lama sebab cepat garing) dan blend kering dengan sedikit garam, (guna garam halus)
Ikan bilis (goreng garing)
Bawang merah (goreng garing)
Bawang putih (goreng garing)
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak (2-3 sudu makan) guna api kecil.
2.Masukkan semua bahan kacau biar sebati,tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.
Anda pernah makan Sambal Kacang Hijau? macam pelik tapi khabarnya sangat sedap. Datin Hajah Nor Azlin dari Melaka telah berkongsi resipi ini dan turut buat live video via FB mahn. Jom kita tengok apa kata Datin Nor tentang sambal ini.
“Ok dengan penuh kasih sayang dan atas permintaan ramai sahabat #mahi sy bg resepi penuh ye,sila tag kwn2 lain dn share resepi ni ye…mudah2an perkongsian ini bermanafaat utk anda sekeluarga dn mengalir kan pahala berganda buat arwah ibu sy hjh kama ishak😢…serta jutaan kasih syg dn terimakasih bt suami tersyg Datuk fazil yg selalu memberi teguran jika sy msk x sdp dia ckp dgn jujur jika sdp juga dia bgtau dgn jujur hehe..
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang hijau | rendam semalam 6 ke 8 jam dan dibuang kulitnya separuh
Bawang putih+ bwg merah +daun pandan utk menumis
600gm Daging
500gm udang hidup
Udang kering segenggam,cili api+cili besar dipotong keping
Serai dihiris nipis
2 tin susu cair
4biji bawang besar
3 bungkus soon
2 Asam keping ,
Gula, garam & serbuk perasa,
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun pandan sehingga garing.
2. Masukkan daging dan sebahagian serai yang dihiris nipis.
3. Kemudian masukkan baki serai tadi bersama cili api,cili besar serta udang kering.
4. Setelah daging separuh masak masukkan kacang hijau, masukkan susu. Setelah kacang agak-agak empuk boleh masukkan soon.
5. Kemudian boleh masukkan udang, asam keping dan bawang besar.
6. Kemudian boleh masukkan gula garam dan serbuk perasa kemudian boleh dihidang kan….
Tak salah pun raya-raya makan sambal tempoyak. Asyik makan rendang je kan. Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Lidah orang melayu ni memang dah sebati dengan sambal-sambal yang pedas. Bila sampai waktu makan nasi, mesti hendak cari sambal untuk digaul bersama. Dah selalu sangat makan sambal belacan, sambal ikan bilis, sambal udang, sambal ayam, sambal terung pipit, sambal itam belimbing buluh dan macam-macam lagi lah.
Kali ini RASA nak kongsikan resepi dari penulis blog Afiqah Syamin yang import resepi terus dari Jawa. Resipi sambil kering mudah dari mantan bibik Afiqah sendiri. Ramuan sambalnya mudah sahaja, tapi kalau dimakan dengan nasi tanpa lauk lain pun dan cukup sedap! Senang kata, sambal ni memang ‘berhantu’.
Bahan:
Tempe
Suun (glass noodle)
Kacang Tanah
Tauhu kembung
Cili api, diracik
Kicap jenama ABC
Garam secukup rasa
Cara:
1. Tak perlu merendam suun. Pastikan minyak dalam kuali benar-benar panas lalu gorengkan suun sehingga menjadi kerinting seperti di dalam gambar.
2. Goreng sedikit demi sedikit seperti keropok, kerana jika anda goreng terlalu banyak bersama dikhuatiri akan jadi berbuku dan ada bahagian yang tidak masak. Pastikan juga anda menggoreng secara minyak penuh. Toskan dan letak tepi.
3. Kemudian hiris pula tempe ikut cara tersendiri. Seperti penulis, penulis potong tidak terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal. Goreng garing dan toskan.
4. Setelah itu gorengkan kacang tanah. Toskan dan letak tepi.
5. Goreng tauhu kembung dan hiris. Letak tepi.
6. Panaskan minyak baru dalam kuali bersih untuk mulakan proses memasak sambal.
7. Sementara menunggu boleh hiriskan cili. Jika memang benar mahu pedas, boleh racik ia halus-halus jika tidak, hiris tebal supaya ia kelihatan dan boleh diasingkan sewaktu makan nanti.
8. Tumis bawang merah hingga naik bau… masukan bahan yang trlah digoreng tadi; tauhu, tempe, kacang tanah dan suun. Gaul hingga sebati.
9. Taburkan hirisan cili dan gaul lagi.
10. Masukan kicap abc, lalu taburkan secubit garam. Gaul dan cuba rasa kalau-kalau ada yang kurang.
Siap dan boleh makan dengan nasi panas-panas sekarang!
10 Khasiat Makan Tempe
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi,
mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.– nak elak keracunan makanan
2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
tekanan darah.– elok untuk yg darah tinggi
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
baik bagi penderita jantung. – yang sakit jantung pun bagus
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe .– untuk wanita atau model2 yang takut gemuk
5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe
(R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.– alternatif kalau tak larat
makan oat.
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. – harus di amalkan selalu.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. – menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.
9. Mencegah timbulnya hipertension. – elok untuk yang cepat marah
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. – haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe
dah memadai.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.