Adakala selera kita dah tak mampu nak menghadap makanan berlemak santan, berminyak, dan berkuah. Mulalah rasa macam nak cari sambal. Nak makan lauk yang kering-kering kan. Jangan bimbang, sambal getuk berapi pasti membuka selera.
Resipi ini memang paling mudah. Guna empat bahan asas yang memang ada di dapur sahaja. Tapi, tak sedar nasi dah habis sepinggan.
Sedap tak terkata. Makan dengan nasi panas, telur mata, dan kicap, memang syahdu. Jom cuba perkongsian resipi daripada Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ini. Mudah sahaja cara membuatnya.
Sambal tempe bilis dan kacang ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.
Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.
Rojak Tauhu, menu pembuka selera yang sedap dan mudah disediakan. Kuah boleh buat lebih dan simpan boleh juga cicah dengan buah potong. Macam mana nak buat, macam biasa RASA kongsikan resipinya di sini, anda boleh cuba, kalau nak tambah bahan isiannya pun boleh. Macam sedap je kalau tambah telur puyuh rasakan.
ROJAK TAUHU BAHAN-BAHAN: BAHAN KUAH: 10 tangkai cili kering | blend halus 1/2 cawan sos cili 2 inci belacan 1 cawan gula melaka 1/2 cawan gula pasir 1/3 cawan kicap pekat manis 1 cawan air 3 sudu makan tepung jagung BAHAN ISIAN ROJAK TAUHU: 4-5 keping tauhu | goreng 1 cekak kangkung | celur 1 mangkuk tauge | celur 1 batang timun | hiris memanjang 1 cawan kacang tanah | goreng dan tumbuk kasar
CARA MEMBUAT:
Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
Masak sampai gula semua cair dan mendidih.
Kemudian masukkan tepung jagung.Kacau sampai pekat dan sejukkan.
Sediakan bahan isian dalam pinggan, kemudian tuangkan kuah dan taburkan kacang di atasnya (boleh juga campurkan terus kacang dalam kuah).
Gaul rata dan bleh hidangkan.Kredit to Aleeya Maisarah
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.