Makan Nasi Ambeng tanpa sambal goreng bagai tidak lengkap. Di dalamnya lengkap dengan sayur pucuk, kacang Panjang, suhun dan sebagainya memang puas makan. Sukar nak dapat sambal goreng yang kena dengan cita rasa. Boleh saja membuatnya sendiri ikut resipi ini. Sambal goreng kalau kena rasa, meratahnya sahaja pun sedap.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
Sayur pucuk -direndam
Ubi kentang
Kacang Panjang- dihiris
Tempe
Suhun
Ikan bilis
Paru,hati ayam@pedal-terpulang
Cili merah
Bawang merah
Air asam jawa
Garam &gula secukupnya
Sos tiram
Kicap pekat &kicap manis
Cara memasak:
1.Ubi kentang,tempe,ikan bilis, digoreng terlebih dahulu.
2.Suhun digoreng macam soto.
3.Tumiskan bawang merah dan cili dihiris.
4.Masukkan sayur pucuk.masukkan air.masukkan air asam jawa,garam,gula .
5.Masukkan sos tiram.bila sayur pucuk dah empuk masukkan kacang panjang.
6.Akhir sekali masukkan bahan yang digoreng terlebih dahulu tadi.Gaul.masukkan kicap pekat & kicap manis.gaul sebati.siap.
Kredit:Harniza Ahmad
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI.