Sambal goreng jawa ni adalah resipi yang selalunya wajib dimasak time raya. Sedap dimakan dengan ketupat. Nak lengkap lagi, kena ada ayam masak kicap. Haaaa, baru lengkap hidangan pagi raya. Tapi, sambal goreng jawa ni boleh je dimasak pada hari biasa. Orang jawa memang suka dan tak mustahil yang bukan berketurunan jawa pun suka lauk ni. Nah, try la masak.
SAMBAL GORENG JAWA
Ads
BAHAN-BAHAN
5 labu bawang sederhana besar (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
40 batang kacang panjang (hiris)
15 tangkai cili hijau dan merah (hiris)
15 keping tempe (hiris nipis dan digoreng)
20 keping tauhu (hiris dan goreng)
25 biji kentang (hiris nipis dan goreng)
10 peket suun (rendam)
50 tangkai cili kering (gunting nipis)
5 genggam ikan bilis (goreng)
BAHAN KISAR
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 genggam ikan bilis
5 inci lengkuas
5 batang serai
25 tangkai cili kering (rendam)
BAHAN LAIN
5 sudu besar perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan Bahan Kisar. Kacau dan biarkan masak.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.
5. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang.
6. Tuang kicap. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang, suun dan cili kering. Kacau lagi. Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.
8. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selain sambal belacan, sambal pauh muda juga adalah salah satu sambal yang sedap sungguh dan sesuai untuk menambah selera makan. Nak membuatnya pun senang. Cuma kena rajin menumbuk menggunakan lesung batu. Jangan kisar guna blender pula ya. Tak jadi kalau buat sambal guna blender ni.
SAMBAL PAUH MUDA
BAHAN-BAHAN
Bawang merah (dibakar)
Cili merah
Cili hijau
Belacan
Ikan bilis
Pauh muda
Garam
Gula
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang merah, cili merah dan cili hijau. Jangan lumat sangat.
2. Tumbuk belacan dan ikan bilis.
3. Masukkan pauh muda. Tumbuk sikit-sikit.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sedia dimakan.
Sempena Ramadan yang bakal tiba, ini ada tiga sambal mantah yang sangat simple dan cepat disediakan boleh anda semua cuba. Ia pedas menyengat dan sedap tak terkata.Ada beraneka jenis sambal yang menjadi kegemaran masyakat Malaysia, selain sambal yang dimasak, banyak juga sambal yang disediakan tanpa perlu dimasak. Rasa tetap sedap.
SAMBAL MENTAH IKAN BILIS BAHAN-BAHAN
15 tangkai cili padi
100gm ikan bilis |sudah dikopek
Sedikit belacan |bakar sekejap
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato |hiris
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMBUAT:
Rendam ikan bilis dengan air panas, supaya lembut kemudian toskannya.
Tumbuk cili hingga lumat, kemudian masukkan bawang merah dan putih.
Setelah hancur, masukkan ikan bilis dan hirisan tomato.
Tumbuk sekejap, perasakan dengan garam dan gula, gaul rata.
Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.
5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.
INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.