Sambal Goreng Jawa, Hidangan Tradisi Disukai Ramai

Share

 

Sambal goreng jawa ni adalah resipi yang selalunya wajib dimasak time raya. Sedap dimakan dengan ketupat. Nak lengkap lagi, kena ada ayam masak kicap. Haaaa, baru lengkap hidangan pagi raya. Tapi, sambal goreng jawa ni boleh je dimasak pada hari biasa. Orang jawa memang suka dan tak mustahil yang bukan berketurunan jawa pun suka lauk ni. Nah, try la masak.

SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN
5 labu bawang sederhana besar (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
40 batang kacang panjang (hiris)
15 tangkai cili hijau dan merah (hiris)
15 keping tempe (hiris nipis dan digoreng)
20 keping tauhu (hiris dan goreng)
25 biji kentang (hiris nipis dan goreng)
10 peket suun (rendam)
50 tangkai cili kering (gunting nipis)
5 genggam ikan bilis (goreng)

BAHAN KISAR
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 genggam ikan bilis
5 inci lengkuas
5 batang serai
25 tangkai cili kering (rendam)

BAHAN LAIN
5 sudu besar perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan Bahan Kisar. Kacau dan biarkan masak.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.
5. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang.
6. Tuang kicap. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang, suun dan cili kering. Kacau lagi. Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.
8. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.

 

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas