Sambal goreng jawa dimakan bersama kuah lodeh memang enak. Walaupun renyah sikit membuatnya tapi rasanya memang nikmat. Bolehlah ikut resipi ni kalau nak membuatnya.Kalau suka petai boleh tambah petai di dalamnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping (potong kecil
1 kilo kentang -potong-beli online di sini
10 potong tempe- hiris nipis
Garamkan dan digoreng-beli online di sini
Hati ayam potong dan bersihkan,garamkan
Goreng akhir sekali selepas goreng tempe dengan kentang
Suhun- rendam air panas 10 minit-beli online di sini
Bahan-bahan tumis:
2 labu bawang besar merah- hiris
5 ulas bawang putih-hiris
15-20 tangkai cili kering gunting serong dan rendam air panas 15 minit
Cara memasak:
1.Dengan minyak gorengan tadi, ambil sikit gorengkan bawang-bawang dan cili sampai layu.
2.Masukkan perut lembu dan hati ayam.Gaul rata biar sekejap.
3.Masukkan tempe dan kentang yang dah digoreng tadi dan suhun,gaulkan.
4.Tambahkan 7-8 sudu besar gula.
5.Tambah kicap gaul rata biar sekejap.
6.Tuangkan air asam jawa ,gaul-gaul tambah garam dan ajinomoto.Bila dah agak mesra bolehlah dihidang.
Kredit: Azlina Ina Fans