Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng bagaikan tidak lengkap. Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging, paru ataupun lauk lain. Manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang . Manakala resipi asli sambal jawa perlu ada di dalamnya suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe. Dikongsikan resipi mudah membuatnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
-Kentang
-tempe
-pedal ayam
-tauhu
Cara memasak:
1.Gorengkan semua bahan di atas.
2. rendamkan suhun.
3. Hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.
4. Tumbuk sedikit ikan bilis.
5.Tumiskan ikan bilis dan bahan2 yg dihiris. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan suhun. Kacau2. Dan masukkan bahan yg dah digoreng tadi.
6.Akhir sekali masukkan kicap. Kacau sebati.
Kredit: eiyda aizrish
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Idea Kerabu Wajib Buat Hujung Minggu Nanti
Hujung minggu ni jom buat kerabu, nak? Senang, sedap, ringkas dan menyelerakan. Yang bestnya, kerabu ni boleh diolah jadi resipi
yang menyihatkan. Nak lebih sihat, tambah je sayur banyak-banyak. Tak perlu ditumis, tak perlu penggunaan bahan berlemak.
Segalanya segar sekali gus menyihatkan kita.
KERABU PERUT ALA THAI MASAM, MANIS & PEDAS
Bahan-bahan
1/2 kg perut lembu telah direbus
2 batang serai (mayang halus)
1 biji bawang besar (mayang halus)
1/2 batang bunga kantan (mayang halus)
1 biji buah tomato (potong kecil)
10 biji cili padi (mayang halus)
1 biji limau nipis (perah jusnya)
Cuka secukup rasa
Sos ikan/sotong secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
2) Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
3) Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
4) Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
5) Sekali lagi gaul rata.
6) Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
KERABU SOTONG SUUN
Bahan-bahan
Sotong (dihiris nipis dan dicelur seketika)
Suun (dicelur sehingga lembut)
Bawang merah (dimayang halus)
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi (dihiris)
Serai (dihiris nipis)
Daun ketumbar (dihiris)
Kicap sotong secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2) Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
3) Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Emma Suzaima.
KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS
Bahan-bahan
Buah limau nipis (potong kecil)
Kicap sotong secukup rasa
Cili padi secukupnya (dihiris)
Bawang merah kecil (dimayang halus)
Kacang gajus
Madu
Gula secukup rasa
Udang kering (digoreng seketika)
Sedikit jus limau nipis
(Jumlah bahan-bahan adalah mengikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)
Cara membuat
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut cita rasa anda.
Kredit resipi dan gambar: Norraihan Ismail via MAHN
Selamat mencuba!
Buat Sendiri Mi & Laksa Vietnam Yang Sedap Ni.
Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara tersebut. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah dan boleh sesuaikan dengan cita rasa anda dan keluarga. Berikut, Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.
MI DAGING VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm Banh Pho/ bihun vietnam | rendam, rebus dan tos
- 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
- 500gm tulang | cuci bersih dan tos
- 3cm halia muda | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
- 4 ulasa bawang putih | titik
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan sos ikan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN REMPAH RATUS:
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
- Daun sup secukupnya
- Tauge secukupnya
- Limau nipis atau lemon | ikut suka
- Sambal kicap / hirisan cili
- Bawang goreng | jika suka
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
- Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
- Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
- Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
- Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah secukup rasa . tutup api.
- Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
- Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
- Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.
ASAM LAKSA VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
- 400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
- 250gm daging | rebus dan hiris nipis
- 250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
- 1500ml air rebusan daging
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | titik
- 3cm lengkuas | ketuk
- 6 helai daun limau purut | carik-carik
- 2 sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIASAN:
- Daun ketumbar | hiris
- Daun bawang | hiris
- 4 biji telur rebus | belah dua
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.
- Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
- Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
- Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
- Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
- Sedia dihidangkan.
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji
Quiche Ayam tentunya tidak asing lagi bagi para peminat pastri. Sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tekstur doh pastrinya yang rangup dan lemak ditambah pula dengan inti yang berkrim, menjadikan hidangan ini sebagai sajian yang sempurna sekali. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan tentunya menambat selera semua. Bagi anda yang nak cuba, Puan Ilham KZ IkhtiarHamil ada kongsikan resipi mudah. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA MASAK QUICHE AYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN PASTRI (CRUST):
400gm tepung gandum – ayam 2 kali supaya halus – beli online disini
220gm mentega bergaram (sejuk) – potong kiub
1 sudu makan (penuh) gula icing – beli online disini
Secubit garam
5 sudu makan air sejuk berais
CARA-CARA:
1. Satukan tepung, garam dan gula biar sebati.
2. Masukkan mentega. Ramas sehingga jadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian masukkan air sejuk sesudu demi sesudu dan uli doh sehingga tidak melekat pada permukaan.
4. Bulatkan doh, balut dalam cling film / plastik dan simpan peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Keluarkan doh, bahagi dua dan letakkan ke dalam acuan yang telah di griskan dengan minyak. Tekan-tekan sehingga kemas. Cucuk sedikit permukaan doh dengan garpu. Adunan ini muat untuk 2 loyang.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar doh selama 10-15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biar seketika. Teknik ini dipanggil blind bake.
BAHAN INTI:
Bawang putih – potong dadu – beli online disini
Bawang Holland – potong dadu – beli online disini
Dada ayam – potong kecil (gaul dengan Mixed Herbs)
Brokoli
Serbuk lada hitam – beli online disini
Perasa Cukup Rasa
Garam
Tomato ceri – potong dadu
Capsicum – potong dadu
Minyak untuk menumis
CARA-CARA:
1. Atas api sederhana, tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga mula keluar air.
3. Masukkan brokoli dan kacau sebati.
4. Kemudian tambahkan pula serbuk lada hitam, cukup rasa dan garam mengikut cita rasa masing-masing.
5. Perlahankan api, masukkan tomato dan capsicum. Bila tomato dan capsicum mulai layu, tutup api.
BAHAN KUAH TOPPING:
5 biji telur saiz jumbo
5 sudu makan susu full cream – beli online disini
100gm keju cheddar parut
100gm keju mozzarella parut – beli online disini
*Kalau tak nak letak keju, tukar dengan mencampurkan sedikit tepung gandum untuk pekatkan sedikit adunan kuah.
CARA-CARA:
1.Satukan semua bahan, pukul rata sehingga sebati. Ketepikan
CARA MEMASAK:
1. Ambil loyang yang sudah dimasak crust pastrinya tadi.
2. Masukkan inti dengan secukupnya. Ratakan.
3. Tuang kuah topping sehingga rata.
4. Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°C selama 30 minit.
5. Quiche Ayam sedia untuk dihidangkan.
INFO: Satu adunan ini boleh dapat 2 loyang Quiche
Kredit resipi & foto: Puan Ilham KZ IkhtiarHamil
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda. Sangat Sedap & Cukup Rasa
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Cara Buat Jemput Jemput Nasi Sedap. Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official