Sambal Goreng Peria Ikan Bilis Boleh Ketagih Dibuatnya.

Share

Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis?  Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.   Berikut RASA kongsikan  menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.

SAMBAL  GORENG PERIA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm peria | hiris nipis
  • 250gm ikan bilis | belah dua
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang mera

CARA MEMASAK

  1. Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah bahan tumisan garing tutup api.
  8. Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
  9. Sambal goreng peria sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin