
Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm peria | hiris nipis
- 250gm ikan bilis | belah dua
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
- Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Setelah bahan tumisan garing tutup api.
- Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
- Sambal goreng peria sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Bakar-Bakar Di K-Pop Grille

Buat peminat K-drama, pasti terliur setiap kali tonton drama Korea muncul makanan Korea yang lazat dan grill/barbeku yang mempunyai pelbagai daging bakar yang juicy.Buat yang teringin menikmatinya tidak perlu travel ke Korea lagi.
Anda boleh merasai kesedapan barbeku ala Korea dengan berkunjung ke K-POP Grille di Citta Mall, Ara Damansara dan rasakan keaslian Korea grill seperti berada di tengah kota Seoul.
Yang menariknya, K-Pop Grille merupakan restoran barbeku yang menawarkan hidangan set barbeku asli menggunakan arang sebagai bahan pembakar dengan harga yang amat berpatutan, bertepatan dengan kehendak pengguna.
Terdapat dua jenis menu di K-Pop Grille, “Combo Set” untuk pelanggan yang datang berkumpulan dan “Solo Yakiniku” untuk mereka yang lebih selesa makan bersendirian.


Bagi Combo Set, ia bermula dari harga serendah RM 79 hingga ke RM 129. Combo yang paling popular menjadi pilihan pelanggan adalah Combo Set “DaeBlack Pink” RM 89 yang boleh dinikmati 2-3 orang, combo yang kedua menjadi pilihan hati pelanggan ialah “Big Bang” RM 129 sesuai untuk 4-6 orang,”
Setiap set akan datang dengan beberapa pilihan protein seperti daging lembu potongan “short plate”, “striploin” dan potongan rusuk, terdapat juga daging kambing dihiris nipis, bahagian dada itik salai, ayam bahagian peha, udang harimau dan sotong Argentina bersaiz besar. Setiap potongan dihidangkan dalam hirisan nipis dalam kuantiti yang memuaskan bagi memudahkan masakan apabila dibakar.
Terdapat juga hidangan tambahan untuk setiap pesanan set dihidangkan seperti daun salad, kimchi, coleslaw dan timun masin. Bagi Solo Yakiniku set pula, ia sesuai untuk pelanggan yang datang secara individu kerana set ini direka khas untuk pelanggan yang ingin makan Korea Grill berseorangan. Set Solo Yakiniku bermula dari harga serendah RM30 sahaja.
K-Pop Grille menyediakan tiga sos yang direka asli daripada inspirasi rasa sebenar Korea Grill iaitu sos Samjang, sos Yakiniku dan sos Pineapple Lime Spice. Memang gabungan yang enak apabila daging atau ayam panggang dimakan dengan sos K-Pop Grille.
Pengasas K-Pop Grille,Tham Lih Chung daripada kumpulan Incite Innovations mempunyai rekod kejayaan yang kukuh dalam industri runcit, fintech dan F&B. Selain daripada K-Pop Grille, kumpulan Incite Innovations juga mempunyai beberapa lagi perniagaan makanan dan minuman seperti kafe berangkai Union Coffee dan Hope Coffee.
Union Coffee menawarkan pilihan kopi yang dipanggang oleh mereka sendiri dengan hidangan panas sepanjang hari, manakala Hope Coffee pula merupakan kafe khidmat pantas menawarkan kopi berkualiti pada harga yang berpatutan.
Buat anda yang ingin merasai hidangan barbeku Korea asli menggunakan arang tanpa berbelanja banyak, boleh ke K-Pop Grille.
Tempahan meja boleh melalui mesej ke facebook atau Instagram K-Pop Grille dan lokasi kedai adalah di Lot G-6, Ground Floor, Citta Mall, (berhampiran dengan pintu pagar parking masuk).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Korang Suka Makan Kuih Bakar? Haa Kali Ini Kita Variasikan Lagi Menu Kuih Bakar..

Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula kaster
- 1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
- 2 cawan santan
- 3 biji telur
- Sedikit pewarna hijau
- Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
- Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
- Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
- Bila dah sejuk, baru dipotong.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan (200ml) tepung
- 1/2 cawan gula (kalau nak kurang manis kurangkan sikit lagi)
- 1 butir telur
- 1 sudu besar mentega
- 1 1/2 cawan santan
- 1/2 cawan jagung kernel dalam tin (yang berbutir atau boleh juga letak jagung parut)
- Sedikit garam
- Pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
- Panaskan oven 180C dan masukkan sebentar acuan yang telah dilumur mentega atau majerin.
- Bila acuan telah panas dan majerin telah cair, tuang adunan ke dalamnya.
- Bakar selama 1 jam.
Kredit resipi & foto: Cik Siti Abu Sujak
KUIH BAKAR LABU
BAHAN-BAHAN
- 2 biji telur
- 1 1/2 cwn santan (1 santan kotak + 1/2 cawan air)
- 1 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
- Sedikit bijan untuk tabur
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
- Satukan bahan-bahan diatas kecuali labu yang di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
- Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. Tuang dalam loyang yang telah disiapkan tadi.
- Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
- Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
KUIH BAKAR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan (resipi ini menggunakan sepeket santan serbuk + secawan air)
- 1 cawan susu sejat
- 3/4 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 tin jagung manis ala krim (tukar ke kacang merah)
- Sedikit pewarna kuning
- Sedikit bijan jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
- Masukkan jagung dan kisar sebentar.
- Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
- Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam.
Kredit resipi & foto: Nazratul Akhtar Jainudin
Guna 4 Bahan, Mudah Je Nak Buat Kuih Batang Buruk

Kuih batang buruk ni, kebiasaannya popular bila dah nak dekat raya. Ada yang menjadikan kuih ini sebagai salah satu hidangan yang wajib ada.
Tapi kalau nak buat sendiri untuk makan sebagai kudap-kudapan, boleh cuba resipi yang dikongsi Ruzita Hashim ini. Mudah saja nak buat.
KUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800gm gula aising
2 biji putih telur (pelekat)
Straw (penyedut minuman) saiz besar
Minyak untuk menggoreng
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris yang tertera.
2. Cabut sehelai sehelai, kemudian gulung di straw. Gunakan putih telur sebagai pelekat. Boleh lihat gambar tertera. Buat sampai habis.
3. Bila dah siap, gamkan semua. Kita jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi.
4. Jemur tadi tak lama pun, kejap je. Kalau cuaca panas, dalam 10 minit je. Agak-agak dia tak lembiklah. Kalau dah agak-agak keras, keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit (guna api sederhana) bagi garing, wangi, ringan dan tahan lama.
6. Angkat dan sejukkan. Dah sejuk, masukkan gula aising (buat je sendiri, kisar gula tu sampai jadi halus).
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati.
8. Goreng kulit popia dalam minyak panas dengan api yang sederhana. Kuning sikit je, terus angkat.
9. Sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Siap.
10. Ada setengah orang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau. Mereka hanya gaulkan je bagi rata.
11. Kalau nak buat sikit saja, bahagikanlah 2 bahagian. Saya buat dengan resipi ini, boleh dapat 2kg setengah.
12. Tepung masa nak gaul dengan gula, kena tunggu sejuk dulu ya.
13. Popia yang telah digoreng pun sama. Toskan minyak, tunggu sejuk baru masukkan intinya ya.
14. Dalam proses nak gulung popia di straw tu, kena ada tuala bersih lembab untuk menutup kulit popia agar tidak cepat kering atau mengeras. Kulit popia cepat kering dengan udara.
Kredit resipi: Ruzita Hashim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Boleh Simpan Untuk Stok Sahur, Mudah Je Buat Sambal Bilis Garing
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Untuk Peminat Masakan Daging, Boleh Cuba Resipi Kambing Peratal
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: