Sambal ikan bilis kantan ini penuh aroma wangian bunga kantan. Memang menjadi pembuka selera ketika berbuka atau sahur. Makan dengan nasi panas-panas pun dah cukup. Tambah ikan goreng. Mantap.
Bunga kantan sering kali digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma dan rasa sesuatu masakan. Ia juga kaya khasiat dari sudut kesihatan kita.
Simple je untuk masak sambal ini. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas.
Bunga kantan (racik halus)
Ikan bilis
Bawang besar (kisar)
Bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
Cili merah (kisar) – boleh beli online di sini
Cili padi (kisar) – boleh beli online di sini
Serbuk perasa
Garam – Boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Mula-mula, panaskan minyak dan goreng bunga kantan dan ikan bilis. Ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan perasakan dengan, garam, gula dan serbuk perasa.
Masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sekata. Siap! Makan dengan nasi panas-panas ..mantap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official