Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Untuk Sahur. Sedap Dan Jimat Masa!

Share

Pembuka selera yang sangat mudah di buat. Tak perlu lauk yang banyak untuk makan bersama lauk ini mesti makan bertambah. Selamat mencuba!

 

Sambal Ikan Bilis Kering Melaka

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
  • 10-12 ulas bawang merah – hiris
  • 3 senduk nasi cili kering kisar
  • Garam
  • Gula/maggi secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan.
  3. Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terus tutup api. Siap untuk dimakan. Selain dimakan dengan nasi, sedap juga dimakan dengan roti.

Nota:
Boleh tambah buah keras untuk menambahkan lemak pada sambal.
Boleh juga gunakan cili merah hidup sebagai menggantikan cili kering. Sangat sedap, berwarna cantik dan tidak perlu ditumis terlalu lama.
Boleh juga jika ikan bilis tidak digoreng terlebih dahulu, terutama jika ikan bilis yang berkualiti tinggi.

Kongsi resipi: Azie Kitchen

Published by
Mastura Abu Kassim