Sambal ikan kelapa makan dengan nasi impit. Selain makan dengan kuah kacang, ini cara orang pantai timur menikmati nasi impit atau dipanggil juga nasi kapit.
Dicicah dengan sambal ikan kelapa, hidangan ini mungkin agak kering tapi rasanya memang sedap sekali. Lagi enak kalau kedua bahan ini dibungkus dalam daun pisang, aromanya makin sedap.
Bagi yang teringin nak merasa keenakan sambal ikan kelapa ini boleh buat sendiri ikut resipi ini.
4 ekor ikan selayang/kembung
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk atau kisar
3 keping asam keping
1 sudu garam
3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai dihiris nipis
1 keping gula melaka – tumbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1. Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dengan air separas ikan.
2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.
3. Tumbuk atau kisar bawang merah, halia dan serai hingga lumat.
4. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yang sudah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka.
5. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing.
Sedia dimakan dengan nasi impit. Sambal ini juga boleh dimakan bersama nasi dagang.
Sumber: Suhada Azid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA