
Sambal isi ikan tongkol bersama petai ini boleh dihidangkan jika dah kehabisan idea untuk menyediakan lauk sahur. Ringkas tapi sedap tak ingat.
Lauk sambal ini juga pastinya sesuai disediakan untuk hidangan golongan warga emas yang selalu saja tiada selera untuk makan. Menu ringkas begini memang kesukaan mereka untuk dimakan dengan nasi panas. Terus berselera makan jadinya.
Cara Buat Sambal Isi Ikan Tongkol Petai
Bahan-bahan
1-2 ekor ikan tongkol
Cili akar merah -dikisar
Cili besar -dikisar
Bawang besar -dihiris
Bawang putih -diketuk
Tomato -dibelah
Petai -dikupas dan dibelah
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara memasak
1. Ikan tongkol dibersihkan kemudian direbus. Tos seketika. Kemudian digoreng tak perlu garing.
2. Sejukkan ikan tongkol yang sudah digoreng kemudian leraikan isi ikan serta asingkan tulangnya.
3. Tumis bawang besar bersama bawang putih. Kemudian masukkan tomato. Selepas garing masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan isi ikan dan petai.Kacau hingga petai masak kemudian bolehlah tutup api. Sedia dihidangkan.
INFO: Selain ikan tongkol boleh guna menggunakan ikan kembung, rasanya lebih manis. Cuma ikan ini banyak tulang dan sedikit isi berbanding ikan tongkol.
Kredit resipi & foto: Dania Qalesya
Baca Lagi: Resipi Kari Ikan Tongkol, Makan Dengan Nasi Atau Roti Ngam Sangat!
Menarik: Pilih Ikan Tongkol Putih, Rupanya Sedap Buat Masak Sambal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI