Sambal Kacang Daging Ni Lain Macam Sedapnya, Sesuai Sangat Makan Dengan Ketupat

Share

Kuah Kacang mesti ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sedikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging. Ini rahsia Asrinna Bakri masak Sambal Kacang Daging. Marilah kita cuba resipi yang dikongsikannya.

RESEPI SAMBAL KACANG DAGING

BAHAN-BAHAN:

½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.


1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih –BELI ONLINE
1 inci halia –BELI ONLINE
1 inci lengkuas –BELI ONLINE
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa – BELI ONLINE
Gula melaka – BELI ONLINE
Gula putih – BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

 

 

4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.

 

5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.

 

 

 

TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Sumber kredit: Asrinna Bakri

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has