Siapa yang suka kuah kacang boleh cuba buat resipi ini. Ikut langkah yang betul gerenti menjadi.Kuah kacang ni ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sikit. Sedap bila tergigit.Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.
Sambal Kacang Daging
Bahan-bahan:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih-beli online di sini
1 inci halia-beli online di sini
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (tak ada udang kering, boleh guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)-beli online di sini
Air asam jawa
Gula melaka
Gulu putih
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2.Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3.Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4.Masukkan kacang tanah ,daging dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5.Masukkan gula Melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tip:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Kredit: Asrinna Bakri
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official