Hidangan tanpa sambal rasa tak lengkap. Walau sambal apa dihidang makan pula dengan nasi panas-panas memang bertambah. Siapa suka sambal kacang ikan bilis ni, ada rasa pedas pedas manis, memang leka bila dah mula makan. Makan begitu sahaja pun sedap.Buat banyak boleh simpan untuk stok makan bila-bila pun.
SAMBAL KACANG IKAN BILIS
Bahan-bahan: 500gram kacang (goreng garing) 100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji) 5 biji bawang merah kecil 2 biji bawang putih
Ads
Cara memasak:
1.Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak.
2.Masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas.
3.Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.
Sambal Garing ni memang sesuai sangat anda bawa jika pergi melancong ke luar negara. Malah buat makan dekat rumah pun boleh. Makan dengan bubur sedap, nasi panas-panas pun layan. Malah, nikmati bersama roti pun boleh. Memang serbaguna. Rasa pedas-pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Kalau beli, sebalang kecil pun dah harga berbelas ringgit. Jom belajar buat sendiri. Memang sedap!
SAMBAL BILIS GARING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis halus
Tempe atau kacang
Lada / cili kering – jumlahnya ikut kepedasan & citarasa masing-masing
1 kiub pati ikan bilis @ secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan diatas ( kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu hingga garing.
2. Angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur.
3. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi emping kerana teksturnya yang liat. Bijinya pula boleh dibuang atau dikisar bersama.
4. Panaskan kuali yang ada sedikit minyak lebihan gorengan tadi. Masukkan kiub pati ikan bilis atau cukup rasa. Goreng guna api perlahan.
5. Kacau sambil hancurkan kiub tadi. Biar ia berbuih manja.
6. Kemudian masukkan cili flakes ( cili kering kisar).
7. Tambahkan kesemua bahan wajib yang lain. Masukkan juga 1 sudu gula. Gaul rata hingga sebati. Angkat.
8. Setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Tak salah pun raya-raya makan sambal tempoyak. Asyik makan rendang je kan. Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Tak lengkap rasanya kalau makan buah tanpa pencicah. Lagi-lagi kalau buah yang masam misalnya pelam atau nanas. Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencicah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap. Resipi ini untuk buat stok banyak. Korang boleh kurangkan kalau nak buat sikit je.
KUAH ROJAK
Bahan-bahan
1 kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1/2 kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.