Menu hari ni kita masak yang simple tapi gerenti bertambah makan. Susah nak berhenti bila dah mula makan. Buatnya mudah sekali. Kombinasi kentang dan ikan bilis ni memang padu, dimasak sempurna cukup rasa. Ini cara membuatnya.
SAMBAL KENTANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar ikan bilis (cuci dan toskan)
4-5 biji ubi kentang (dipotong nipis)-beli online di sini
2 ulas bawang putih(diketuk)-beli online di sini
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Gula
Garam-beli online di sini
Bahan cili kisar
10 batang cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (angkat dan ketepikan)
2.Kemudian, masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. (angkat dan ketepikan)
3.Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
4.Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sambal masak dengan sempurna.
5.Kemudian masukkan serbuk perasa atau gula dan gaulkan.
6.Masukkan ubi kentang, ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.
7.Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah