Sambal Tahun paling mudah, sedap dan cepat disediakan. Selain sedap dimakan bersama nasi, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Memang padu! Yang mana suka menu pedas, ni salah satu hidangan yang boleh dicuba.
SAMBAL TAHUN
BAHAN-BAHAN:
3 genggam cabai burung / cili burung
3 genggam ikan bilis
5 biji bawang merah
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 apket taucu
Belacan – sebesar ibu jari
Air asam jawa
Santan pekat – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ikan bilis pula ditumbuk kasar.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cabai burung dan ikan bilis.
4. Seterusnya masukkan taucu, belacan dan air asam jawa.
5. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam serta gula. Kacau rata.
6. Masak sehingga Sambal Tahun menjadi agak pekat.
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Jika anda penggemar makanan Arab, mesti anda sukakan Sos Bawang Putih atau Garlic Sauce. Ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan. Kebiasaannya, Sos Bawang Putih dimakan bersama Shawarma. Memang sedap. Kalau anda nak resipi sama macam makan di kedai Arab, jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Afiqah Hairi ini. Mudah dan gerenti menjadi! Jom kita lihat cara-caranya.
SOS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih
1 biji telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung | masukkan sedikit demi sedikit
CARA MEMASAK:
Masukkan telur, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar.
Kisar bahan-bahan tersebut dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.