Sambal Kerang Pedas-pedas Manis, Makan Dengan Nasi Lemak Memang Sedap. Tak Cukup Nasi Sepinggan

Share

Sambal kerang pedas-pedas manis, makan dengan nasi lemak atau nasi putih memang sedap. Pendek kata tak cukup nasi sepinggan.

Beli yang segar atau isi kerang yang siap dikopek. Tapi kalau nak segar dan terasa kemanisannya, kerang segar pilihan terbaik.

Buat pedas-pedas manis selain makan dengan nasi, sambal kerang juga boleh dibuat sebagai makanan pelengkap untuk dicicah bersama lempeng dan jemput-jemput.

SAMBAL KERANG

BAHAN-BAHAN:

( untuk 2 orang makan )

  • 1/2kg kerang
  • 10 tangkai cili kering (rendam kasi lembut)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • Sedikit air asam
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Rebus kerang. Kalau kulit dah nampak macam terbuka tuu maknanya dah masak lah tuu
  2. Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih dan belacan
  3. Panaskan minyak masak, tumis lada yang telah di kisar tadi sampai pecah minyak
  4. Masukkan sedikit air asam, garam dan gula tunggu sampai sambal jadi garing.
  5. Akhir sekali masukkan kerang yang telah dikopek (kalau tak nak kopek pun boleh)
  6. Gaul rata dan siap.

Kredit: Azliza Azman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin