Kali ini, RASA ingin berikan resipi sambal yang gerenti buat selera jadi membuak-buak untuk makan nasi panas. Sambal itu adalah sambal ketuk hijau ikan bilis.
Sambal ini sedap dimakan bersama ayam goreng. Memang sudah cukup lengkap rasanya jika makan nasi berlaukkan ayam goreng dengan sambal ketuk hijau ikan bilis ini.
Jom kita tengok resipinya.
Ads
SAMBAL KETUK HIJAU IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih (potong kecil)
4 biji bawang merah kecil (potong kecil)
7 tangkai cili besar hijau (potong kecil)
30 biji cili padi hijau (potong kecil)
1 inci belacan (dibakar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk perasa
1/4 sudu kecil garam
1/4 lemon/ limau nipis
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula bawang putih, bawang merah kecil, cili hijau besar, cili padi hijau dan belacan bakar.
3. Dalam lesung batu, masukkan segala bawang dan cili dan belacan. Tumbuk-tumbukkan.
4. Masukkan gula pasir, serbuk perasa dan garam. Tumbuk lagi.
5. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi. Tumbuk lagi.
6. Perahkan lemon atau limau nipis. Gaul sebati. Sedia dinikmati!
Inilah hasilnya.Nampak menyelerakan, kan?Lauk telur pun dah cukup.
Bunga kantan memang bahan penyedap untuk masakan berkuah seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Tapi selain itu bunga kantan juga enak jika dijadikan sambal, antaranya sambal bilis bunga kantan.
Kalau dapat lauk ini memang, tak pandang lauk lain dah. Selain dimakan dengan nasi, boleh juga dihidangkan bersama bubur. Memang ‘meletup’ rasanya.
Resipi sambal bilis bunga kantan
Bahan-bahan
3 kuntum bunga kantan – hiris
2 genggam ikan bilis
2 senduk kecil cili kisar
1 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
Gula kelapa & sedikit garam
Minyak untuk menumis
Cara memasak
1. Ikan bilis dibilas dan ditos. Renjis sedikit cuka, dan goreng. Fungsi cuka supaya ikan bilis kekal rangup.
2. Tumis cili kisar bersama bawang yang ditumbuk sampai pecah minyak dan sambal bertukar jadi warna gelap.
3. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan, garam dan gula. Masak sampai agak kering. Rasa dan tambah apa yang kurang. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
4. Selepas sambal sejuk, baru masuk ikan bilis digoreng. Kacau sebati.
TIP: Pastikan sambal betul-betul sejuk sebekum masukkan ikan bilis, supaya ikan bilis kekal rangup.
Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Bagi penggemar makanan steamboat Johnny’s mesti akan teringat akan sos pencicahnya. Lebih puas hati kalau dapat buat sendiri sos pencicah sebijik macam kat Jonny’s tu kan. Boleh cuba buat untuk hidangan rumah terbuka nanti. Selamat mencuba.
Resipi Sos Steamboat Ala Johnny’s
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk
Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
Sup steamboat (stok ayam)
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – ditumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kuib pati ayam
Tulang ayam
garam secukup rasa – jika perlu
Hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air.
Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada. Tapi sis tak guna tulang pun rasa tetap OK. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa…