Kali ini, RASA ingin berikan resipi sambal yang gerenti buat selera jadi membuak-buak untuk makan nasi panas. Sambal itu adalah sambal ketuk hijau ikan bilis.
Sambal ini sedap dimakan bersama ayam goreng. Memang sudah cukup lengkap rasanya jika makan nasi berlaukkan ayam goreng dengan sambal ketuk hijau ikan bilis ini.
Jom kita tengok resipinya.
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih (potong kecil)
4 biji bawang merah kecil (potong kecil)
7 tangkai cili besar hijau (potong kecil)
30 biji cili padi hijau (potong kecil)
1 inci belacan (dibakar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk perasa
1/4 sudu kecil garam
1/4 lemon/ limau nipis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula bawang putih, bawang merah kecil, cili hijau besar, cili padi hijau dan belacan bakar.
3. Dalam lesung batu, masukkan segala bawang dan cili dan belacan. Tumbuk-tumbukkan.
4. Masukkan gula pasir, serbuk perasa dan garam. Tumbuk lagi.
5. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi. Tumbuk lagi.
6. Perahkan lemon atau limau nipis. Gaul sebati. Sedia dinikmati!
Selamat mencuba!
Untk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/Krl14MGeNxo