Makan bihun tak ada regunya sambal kicap memang rasa kosong. Kalau orang Johor pula makan pisang goreng mesti wajib sambal kicap. Jadi banyak keperluannya untuk penyedap rasa. Bolehlah buat banyak dan simpan . Bila nak makan cekodok ke, capai jer.
Sambal Kicap
1 botol kecil kicap manis cap kipas udang
1 genggam cili api (kalau tak nak pedas kurangkan)
3 biji limau nipis perah airnya
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit serbuk secukup rasa
Cara memasak:
1.Bawang merah dan bawang putih dihiris halus dan digoreng agak-agak nak garing angkat dan toskan minyak.
2.Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga sebati. Jangan lama sangat nanti tak sedap kalau halus sangat sambal. Letak sedikit serbuk secukup rasa.
3.Semasa kisar jangan masukkan air, cukup sekadar dengan kicap dan air limau nipis je.
4.Tuangkan sambal yang dikisar tadi ke dalam periuk.
5.masak di atas api sehingga mendidih. Tutup api sejukkan dahulu baru masukkan ke dalam botol.
Kredit: Noriza Awang Hamat
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kari Ayam Nepal Guna Yogurt Memang Sedap
Ada yang nak mencuba masakan kari istimewa ni. Dikongsikan resipi oleh Aslyna Nor Hassan. Menurut pemilik, resipi ini dipelajarinya daripada abang ipar yang berasal dari Nepal. “Dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranya.Nama masakan itu ialah Kukkra Curry atau kari ayam.Memang sedap sebab kari ini lain dari yang lain dan tak pakai santan.Kari ni bukan makan dengan nasi saja sedap,makan dengan roti arab pun sedap.
KUKKRA CURRY
Bahan-bahan:
- Ayam seekor
- *5 biji bawang merah
- *3 ulas bawang putih
- *1 inci halia
- (kisar bahan yang bertanda*)
- 4 biji tomato (potong dadu)
- Ubi kentang (terpulang)
- 1 pokok daun ketumbar (letak lebih lagi sedap)
- 5 sudu yogurt ori (yang tak ada perisa)
- 6 sudu penuh serbuk kari
Cara membuat:
1.*Tumis semua bahan blend,masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
2.Kemudian masukkan ayam dan kentang.
3.Masukkan sedikit air.Biarkan mendidih hingga ayam masak.
4.Kemudian masukkan yogurt.
5.Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-dipotong.
6.Siap untuk dihidang.
Kredit: Aslyna Nor Hassan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Bagi Yang Dah Bosan Makan Pancake Cara Biasa, Jom Buat Cereal Pancake
Pernah dengar pancake dijadikan sebagai cereal? Haa, perkongsian resipi kali ni, memang kreatif habis.
Cereal pancake daripada Umi Watie ni memang comel. Bila cereal habis, tapi anak masih merengek nak makan cereal, maka tadaaaaa terjadilah cereal pancake.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Rasa dia sedap, rangup-rangup lembut. Bagi yang dah bosan makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit.
Boleh makan dengan madu, nutella, aiskrim, susu dan mapel sirap dan bermacam lagi. Cubalah.
RESIPI CARA BUAT CEREAL PANCAKE
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
1 cawan susu segar – atau boleh dapatkan susu tepung DI SINI
1 sudu gula – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
1 sudu besar baking powder – beli online DI SINI
1 biji telur
2 sudu mentega yang telah dicairkan – beli online DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla (jika ada) – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
TONTON Minit Ekspress: Omelette Lipat
CARA-CARA:
1. Masukkan telur, mentega, tepung, garam, gula, baking powder dan esen vanilla.
2. Masukkan susu segar. Kalau tiada susu segar, boleh je guna susu tepung yang dibancuh.
3. Masukkan dalam plastik atau bekas atau sudukan saja ikut saiz yang anda suka. Saya buat comel-comel saja. Api kecil, saya guna kuali anti lekat.
4. Siap untuk dihidangkan. Boleh hidang dengan buah strawberi, mentega dan chocolate spread.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!
Hidangan kuih autentik Melayu dari air tangan bonda. Tak ramai yang tahu resipi warisan bonda, apa kata kamu cuba resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue Arukin ni untuk merasai sendiri rasa kuih kampung sebenar! Selamat mencuba.
UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 tangkai cili kering | potong kecil
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Di dalam kuali panaskan minyak masak.
2. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
4. Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
5. Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
……………………
PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
- 1 biji ubi keledek | potong dadu
- 1 batang ubi kayu | potong dadu
- 1 cawan labu | dadu
- 1/2 cawan sagu | rendam dan toskan
- 2 cawan santan pekat
- 200gm gula
- Secubit garam
- Sehelai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
1. Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
2. Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
3. Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
4. Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
5. Tambah secubit garam.
6. Pengat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan gula Melaka, tetapi kurangkan sedikit gula pasir.
………….
BUBUR CANDIL GANDUM
BAHAN-BAHAN:
- 800ml santan pekat
- 200gm tepung dandum
- 250gm gula
- 150ml air perahan daun pandan
- 1 helai daun pandan | siat & simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Tuang air perahan daun pandan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
3. Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik, tambah sedikit tepung gandum.
4. Setelah doh menjadi lembut, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai.
5. Didihkan air yang banyak di dalam periuk, rebus doh candil pandan hingga ia terapung. Toskan.
6. Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam lalu didihkan dengan api yang kecil hingga mendidih.
7. Masukkan doh candil yang telah direbus tadi dan didihkan seminit dua lagi hingga semua bahan sebati.
INFO CHEF: Jika mahu warna-warni anda boleh warnakan doh ikut warna kesukaan.
…………….
BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.
INFO CHEF: Jika ingin cepat anda boleh perah air ubi kayu yang telah diparut tadi.
……………
TALAM UBI
BAHAN-BAHAN:
A: LAPISAN BAWAH:
- 800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 300ml air
- 150ml santan pekat
- 250gram gula
- Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
- 800ml air
- 320ml santan pekat
- 100gram tepung beras
- 80gram tepung ubi
- 80gram tepung gandum
- 2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Biarkan betul-bteul sejuk baru dipotong.
RESIPI : CHEF SUE ARUKIN, SRI ANDALAS, SELANGOR.