Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang besar dipotong kasar
- 1 labu bawang putih
- 15 tangkai cili hijau besar
- 33 tangkai cili merah
- 1 botol kicap pekat
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
- Semua bahan dipotong kasar-kasar
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
- Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
- Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
- Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
- Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Kredit: Nura Elias
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Tempe Hancur, Buat Lauk Atau Kudapan Malam. Sedap & Berkhasiat
Sambal Tempe Hancur, Buat Lauk Atau Kudapan Malam. Sedap & Berkhasiat. Kalau nak makan dengan rotu pun sesuai.
Sambal Tempe Hancur sedap untuk dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Kalau malas masak banyak lauk, kita kena sediakan makanan yang sedia untuk dimakan seperti Sambal Tempe Hancur ini. Nak buat pun senang sangatlah. Jom kita cuba resipi Sambal Tempe Hancur seperti yang dikongsikan oleh Asmida Asman
RESIPI SAMBAL TEMPE HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar
Bawang putih – beli online
Cili padi – beli online
Ikan bilis – beli online
Tempe – beli online
Minyak untuk menumis – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Potong kecil-kecil semua bahan. Ia bagi memudahkan proses menumbuk di dalam lesung batu.
2. Tumbuk ke semua bahan hingga separuh. Jangan terlalu lumat nanti tidak sedap.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Siap untuk dihidangkan.
4. Beginilah hasilnya. Enak dimakan bersama nasi panas dan juga roti.
Sumber kredit: Asmida Asman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi. Sedap & Juicy, Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Sambal Tumbuk Kampung Paling Mudah & Sedap Makan Dengan Aneka Ulam.
Jika tekak Melayu, tak ada sambal memang tak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal tumbuk yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba.
1. SAMBAL BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
- Segenggam ikan bilis
- 8 biji belimbing buluh
- 9 biji cili padi merah – boleh ubah jumlah ikut tahan kepedasan masing-masing
- 3 biji bawang merah
- Minyak masak secukupnya
- Garam, gula dan perasa secukupnya.
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan masukkan belimbing buluh, cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
2.Goreng semua bahan hingga lembut dan wangi. Angkat dan toskan minyak.
3.Tumbuk semua bahan hingga hancur.
4.Tambahkan gula, garam dan perasa ikut citarasa. Gaul rata.
5.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Kak Yah
2. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
3. SAMBAL TERASI
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 biji tomato
- 1cm belacan
- 3 biji bawang merah – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang diingini
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng tomato, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga layu.
2.Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga semua bahan lumat.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4.Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Ruhaidini Abd Kadir
4. SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
- 15 tangkai cili api
- Sejemput ikan bilis
- 2 biji perahan limau kasturi
- Garam jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan tos minyak.
2. Tumbuk cili api dan masukkan ikan bilis yang telah digorengkan tadi.
3. Titiskan jus perahan limau kasturi. Gata. Tambah garam jika perlu.
4.Sedia dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
INFO CHEF: Boleh juga guna ikan bilis mentah tanpa digoreng terlebih dahulu.
Kredit resipi & foto: Azimah Abdul Malik
5. SAMBAL CILI API BERAPI
BAHAN-BAHAN:
- 4 genggam cili api (merah & hijau)
- 1 genggam ikan bilis
- 4 biji bawang besar – dibelah 4
- 5 biji bawang kecil – dibelah 2
- 7 ulas bawang putih
- 3 biji tomato – dibelah 4
- 1 inci belacan-nak bakar atau tidak, terpulang
- Sedikit asam jawa/cuka
- Garam dan gula
CARA MEMASAK:
1.Goreng ikan bilis separuh garing. Angkat dan ketepikan.
2.Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3.Kisar kasar semua bahan-bahan goreng tadi bersama belacan. Tambah sedikit minyak menggoreng tadi.
4.Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam,gula dan asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
5.Bila sambal dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
INFO CHEF: Jika nak bagi sambal tahan lama,jangan masukkan air semasa mengisar.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
Ini Cara Buat Kuah Yong Taufu Yang Sedap, Rugi Tak Cuba.
Yong Taufu yang sedap ia bergantung kepada kuahnya, sedap kuah sedaplah rasa Yong Taufu anda makan. Bagaimana untuk menghasilkan kuah Yong Taufu yang sedap, berikut dikongsikan resipi supaya anda boleh buat sendiri di rumah dan boleh makan bersama keluarga. Maklumlah sekarang ni musim PKP, tak boleh makan di luar ye.
KUAH YONG TAUFU
UNTUK KUAH HITAM:
2 sudu makan tauchu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pelat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
BAHAN KUAH MERAH:
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4-5 sudu makan gula
3 sudu makan cili kering kisar
2 ulas bawang putih | ketuk
Sedikit minyak masak
BAHAN LAIN:
Isian Yong Taufu | bergantung kepada pilihan anda
Bijan putih | sangai
Bawang goreng | jika suka
CARA MEMBUAT:
- Masukan semua sos hitam dalam blender dan kisar hingga tauchu halus.
- Kemudian renehkan atas api sederhana hingga mendidih sekejap.
- Tutup api dan ketepikan.
- Buat pula kuah merah: Masukkan semua bahan kecuali cili kisar dalam blender dan kisar hingga halus.
- Panaskan sedikit minyak, tumis dua ulas bawang putih, setelah wangi masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan kisar tadi dan masak lebih kurang lima minit atau hingga kuah pekat.
- Tutup api.
- Celur bahan-bahan isian Yong Taufu ikut pilihan anda dan hidangkan bersama kedua-dua kuah ini dan taburkan di atasnya bijan sangai dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Kredit : lubuk resipi viral