Sambal kundang muda ikan bakar ini secukup rasa masam dan pedasnya. Bagi yang suka makan sambal cicah dengan pelbagai ulam-ulaman, mesti cuba sambal ini ye.
Buah kundang ini ada yang panggil buah staq, setar dan ada yang panggil remia. Kalau tak ada, boleh ganti dengan buah lain asalkan masam. Misalnya buah mangga, kedondong, epal hijau, belimbing dan sebagainya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh CikZah atau puan Faizah Hussain ini ye. Selamat mencuba!
Nak masak Garlic Chili Oil tidak sukar. Tak sampai 10 minit dah siap. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar.
Sedap untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah dengan dumpling. Boleh follow resipi yang dikongsi oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.
Garlic Chili Oil Homemade
Bahan-bahan:
2 sudu besar chili flakes (Chili flakes yang diguna ini, chili flakes korea (Gochugaru).Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.
4 sekawan
7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Boleh guna mesin kisar tangan/manual.
Cara membuat:
1.Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2.Masukkan dahulu 4 sekawan.
3.Kemudian masukkan bawang putih Gaul dan masak.
4.Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
5.Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
6.Siap.
7.Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes.
8.Chili oil makan dengan bubur kosong memang sedap.
Siapa peminat sambal goreng garing di sini? Memang sumpah sedap sambal goreng garing ni. Nak jadi kudap-kudap pun boleh, nak buat makan dengan nasi panas pun boleh.
Di sini, kita sertakan resipi sambal goreng garing ni daripada Masfaliza Ab Jaafer. Lagipun tak lama lagi kita dah nak puasa, bolehlah siap-siap buat persediaan untuk juadah bersahur dan berbuka nanti.
Untuk sambal goreng garing ini, ada campuran ikan bilis, bawang goreng dan bawang putih crispy.
SAMBAL GORENG GARING
BAHAN-BAHAN:
Cili kering – beli online di sini *Pada sapa yang suka pedas, tak perlu campur dengan cili kering yang jenis besar tu. Tapi saya suka campur sedikit supaya rasanya tak begitu pedas sangat. Sesuai untuk semua golongan untuk menikmati sambal ni. Kanak-kanak pun suka tau sambal ni. 2 sudu gula halus – beli online di sini 1 kiub pati ayam – beli online di sini *maaf saya tak ada sukatan untuk buat ini, hanya main agak-agak saja.
1. Gunting cili kering atau masukkan ke dalam food processor untuk buang biji cili. Basuh cili kering.
2. Jemur cili kering sehingga cili menjadi rapuh. Kena alih-alihkan cili semasa proses menjemur. 3. Goreng cili kering dengan sedikit minyak menggunakan api kecil. Agak-agak cili kering dan rangup, boleh tutup api. Letakkan cili dalam penapis. 4. Masukkan cili ke dalam food processor atau chopper. Letakkan kiub ikan bilis. Letakkan 2 sudu gula halus.
5. Ini hasil cili yang telah dikisar (lihat gambar). Semakin kering cili kering kita, semakin cantik hasil kejadian sambal nanti. Kalau cili kurang kering, sambal nanti akan jadi basah dan sedikit lembab.
6. Akhir sekali, di dalam talam atau dulang besar, campuran ikan bilis, bawang goreng rose dan bawang putih krispi. Gaulkan bersama.
7. Letakkan cili kisar ke dalam campuran kita tadi. Ikut tahap kepedasan yang kita mahu. Cara saya, suka kering-kering untuk kekalkan kerangupan bahan-bahan 3 sekawan tadi.
8. Dah siap. Boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Makan dengan maggi cup dan bubur pun sedap juga.
UNTUK BUAT BAWANG GORENG
1. Bawang goreng guna food processor atau sagat tupperware. Mana-mana cara pun boleh digunakan. 2. Buang kulit, cuci dan toskan seketika. Saya sagat menggunakan food processor Phillips.
3. Goreng menggunakan api kuat sehingga warna keemasan. Bila nampak bawang dah timbul, perlahankan sedikit api. Jangan tunggu sampai warna coklat, nanti bawang akan jadi pahit. 4. Angkat dan toskan. Sejukkan, lapikkan tisu untuk membuang lebihan minyak.
1. Pilih bawang yang besar-besar bagi memudahkan kerja nanti. Leraikan, kemudian rendam dengan air selama 15 minit dan toskan. 2. Kopekkan semua bawang. Kemudian, bawang putih disagat. 3. Bawang yang telah siap disagat, rendam dengan air + garam (6 sudu kecil). Sambil itu, ramas manja-manja untuk buang getah bawang. 4. Rendam selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air paip sebanyak 3 kali dan toskan. 5. Tuang minyak ke dalam kuali. Sebelum goreng, boleh taburkan sedikit tepung, atau digoreng begitu sahaja. Mana-mana kaedah boleh digunakan, insya-Allah bawang jadi rangup.
6. Gunakan minyak yang banyak dan api yang kuat untuk dapatkan tekstur bawang yang garing. 7. Bila bawang dah masak, dia akan timbul begini (macam dalam gambar). Cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti dalam gambar. 8. Sejukkan. Saya taburkan sedikit perasa Hilal (boleh google) dan ikan bilis. 9. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara.
*TIP nak dapat bawang putih goreng yang cantik:-
*Masak dengan menggunakan api yang besar. *Masa mula letak bawang tu, minyak jangan panas, nanti terus masak layu. *Semasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.
Biasa makan cencaluk, letak cili padi dan perah asam limau. Nak lagi power kita buat cencaluk goreng ikut resipi ni Sesuai sangat nak simpan stok untuk bulan puasa nanti.Makan ni memang payah nak berhenti, pembuka selera. Kepedasannya juga ikut cita rasa masing-masing.Boleh dijadikan pes nasi goreng atau sayur juga, memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Menurut Norislinah Mahfarresipi ini adalah dari sahabat mak dari Filipina.
CENCALUK GORENG
Bahan-bahan: Cili padi (cili bergantung pada kepedasan yang kita suka)-dihiris Lada hidup merah/hijau -dihiris 1 labu bawang putih-dihiris 3-4 biji bawang besar-dihiris 3 sudu besar cuka makan 2 botol cencaluk 2-3 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu.
2.Dah layu masukkan cencaluk yang ditapis airnya.Masukkan cuka makan.Kacau selalu supaya tak hanggit, api sederhana.
3.Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.
4.Hampir kering masukkan 2-3 sudu makan gula sesuaikan rasa.Kacau hingga kering.Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi.
5.Siap. Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Boleh tahan sebulan dekat luar.