Paling mudah buat ialah menu ni. Sambal Lado Telur Goyang. Lauk ni satu pun untuk makan tengah hari dah memadai, sehari satu resepi.Makan dengan nasi panas,goreng ikan masin gelama, renjis kicap. Aduhai selera makan menjadi-jadi.
Sambal Lado Telur Goyang
Bahan-bahan:
3 biji telur-pecahkan dekat mangkuk
1 senduk minyak
1 sudu besar gula
Sedikit air asam jawa
Garam & perasa secukupnya
Bahan-bahan tumbuk:
15 biji cili padi
2 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-tumbuk halus
½ labu bawang besar-hiriskan
Cara memasak:
1.Tumis dalam 1 senduk minyak bahan-bahan tumbuk tadi.
2.Tambah gula.
3.Biar sampai garing sikit.
4.Air asam jawa sikit bancuh masuk dalam lesung.
5.Tuangkan telur di 3 bahagian kuali, ketepikan sikit bumbu tu, tuang air dari dalam lesung tadi.
6.Tutup pakai tutup periuk kira 1-10 minit.
7.Buka dan letak garam dan perasa.
8.Siap untuk dihidang.
Kredit: Azlina Ina Fans