Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland
• 1 biji tomato
• 4 tangkai cili besar
• 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• sedikit belacan
• gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar)
3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk
4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba !
Kredit Resipi : Nuhaz Kitchen by Nurhaziqah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI SAMBAL INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi saudara Are-Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA HASILKAN TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur ayam gred B
- 1kg garam kasar
- Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Nak cari AIR FRYER? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Enam Kuih Berinti Manis , Memang Legend Kesedapannya.
Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan.
Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
- 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
- Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
- Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 2 sudu besar tepung gandum
- secubit garam
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan |disimpul
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur.
- Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram tepung pulut
- 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
- 1 cawan air
- Gula melaka | dipotong kiub
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk., jika suka.
- Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
- Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .
- Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
- Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
- Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
- Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
- Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
- Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
- Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung kuih pau
- 6gm yis segera
- 50gm minyak sayur
- 1/2sudu teh garam
- 100gm gula halus
- 250gm air suam
Bahan Inti:
- 200gm kacang merah
- 100gm gula perang
- 1/2 sudu teh gula merah
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
- Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
- Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
- Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
- Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
- Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
- Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
- Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
- Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
- Simpan selama sejam.
- Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
- cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
- Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
- Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
- Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.
- Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.
- Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
- Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
- Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…
https://www.rasa.my/nikmatnya-berbuka-dengan-kuih-muih-tradisi-melayu/
DAN JUGA VIDEO INI :
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai. Mudah Je Rupanya
Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah. Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur. Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali. Anak-anak pun suka lauk sebegini. Untuk lebih enak, sediakan kicap, sambal belacan dan telur dadar. Memang ‘perfect’. Nak tahu cara-cara masak Ayam Goreng Kunyit yang sedap? Saudari Nina Mahdar kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul dada ayam – potong kecil
- 1 sudu makan tepung bestari – boleh tambah 1 sudu lagi jika nak garing (beli online DISINI)
- 1 sudu makan serbuk kunyit (beli online DISINI)
- 1 sudu makan serbuk kari (beli online DISINI)
- 1 sudu teh garam (beli online DISINI)
- 1 biji bawang merah – hiris tebal (beli online DISINI)
- 1 inci halia – hiris halus (beli online DISINI)
- Lada merah – hiris halus (beli online DISINI)
- Lobak merah – potong kecil (beli online DISINI)
- Bunga kubis secukupnya (beli online DISINI)
- Kacang panjang secukupnya (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari bersama isi ayam yang telah di potong kecil tadi. Gaul rata.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam. Jika ayam masih melekat. Biarkan seketika.
3. Bila ayam kelihatan garing, terbalikkan. Jika ada isi ayam yang melekat, leraikan supaya semuanya masak sekata.
4. Bila ayam telah garing, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak merah dan bunga kubis.
5. Kemudian masukkan sayur-sayur lain. Goreng sehingga semuanya masak.
6. Angkat ayam dan toskan minyaknya terlebih dahulu.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nina Mahdar
Tengah cari KUALI baru ke tu? Dapatkan secara online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.
Guna Daun Wangi, Gelama Masam. Petua Buat Nasi Ulam Paling Sedap.
Cara Masak Siakap Rebus Thai Paling Padu. Kuah Pedas Ni Lah Rahsianya.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official