Sambal Nasi Lemak Kena Masak Lama Baru Sedap. Makan Untuk Sarapan Sebelum Pergi Mengundi!

Share

Sambal nasi lemak kena sedap baru makan berulang. Cara nak buat sambal nasi lemak pun tak boleh ambil senang, sambalnya perlu dimasak dengan sabar, tak boleh api besar besar nanti meletup-letup pecah minyak habis satu dapur. Selamat mencuba.

RESIPI SAMBAL NASI LEMAK ENAK

BAHAN-BAHAN:

  • 500 grm cili kering(yang pedas campur yang kurang pedas)
  • Bawang merah 1 1/2 kg
  • Bawang putih 1 labu
  • Ikan bilis 200g..lagi banyak lagi sedap
  • Belacan
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto (jika perlu)
  • Asam keping

CARA MEMASAK:

  1. Potong dan buang biji cili basuh bersih pastu rebus hingga lembut. Masukkan sikit minyak masak masa rebus….kemudian blend bagi halus letak juagk minyak masak masa blend
  2. Bawang merah separuh di blend kasar dan sparuh lagi di potong bulat
  3. Bawang putih dihiris halus
  4. Ikan bilis di blend kasar jgk
    #dah siap semua tu boleh mula menumis..smbal ni amik masa yg lama utk masak..masak dengan api yang perlahan baru sambal maask elok dan tahan lama..itupun klau tak habis
  5. Guna minyak lebihan goreng ikan bilis untuk masak sambal..mula masukkan belacan dan hancur dalam minyak baru masuk bawang putih tumis sampai wangi
  6. Masukkan pula ikan bilis biar garing sikit baru masuk bawang yang diblend biar sampai bawang betul2 masak dan naik minyak
  7. Baru masukkan bawang yang potong dan kacau sampai bawang tu layu baru masukkan cili yg dikisar
  8. Perlahan api dan biar cili tu masak…bila nampak cili tu dah cantik elok masukkan garam, ajinomoto dan asam keping
  9. Tmbah air masak laig sampai rasa cili dah betul2 masak baru la boleh tambah gula.. gula dan garam ikut citarasa sendiri..
  10. Dah naik minyak cantik tu makna sambal kita dah masak. Boleh cari balik asam keping dan buang.Tak mau sambal tu rasa masam
    #nak lg sedap boleh letak gula merah/ gula melaka/nisan

Nota: Masa nak makan boleh lah buangkan minyak lebihan tu ya.

Kongsi resipi: Mazira Hassan

 

 

Tip Utama Nak Dapatkan Sambal Yang Sedap:

1. Pemilihan cili kering

Rata-rata orang kita semberono je beli cili kering yang dah siap terjual di pasaraya.

Padahal, cili kering yang dijual itu ada jenis dan kualiti tersendiri. Saya dan puan suri memang peminat sambal tumis ikan bilis nasi lemak.

Cili kering yang dijual biasanya ada 2 kategori, kategori pedas dan kurang pedas. Kita sebagai pembeli boleh kenal mana satu cili kering yang pedas atau tidak.

Petua nak kenal cili keras kurang pedas, cili kering tu nampak macam berkerinting-kerinting seakan-akan kecut semacam.

Berbeza dengan cili kering pedas. Saya guna bahasa kampung dalam entri ini.

 

2. Air asam jawa dan belacan

Air asam jawa memang memberi kadar kesedapan juga dalam memasak sambal tumis.

Saya biasa campur air asam jawa setelah cili pecah minyak dan sudah benar-benar masak.

Boleh juga tambah sedikit belacan. Nak dibuat sambal ikan bilis kering pun boleh juga. Ikut tekak tukang masak la.

 

3. Masak sambal tumis mengikut aturan.

Ada sesetengah orang.

Perkara pertama yang dibuat dulu untuk memasak sambal tumis ikan bilis nasi lemak adalah masak dulu cili kering yang sudah dikisar.

Kemudian, baru dimasukkan bawang putih dan bawang merah. Pendapat saya, bawang putih dan bawang merah memainkan peranan juga.

Bagi naik bau aroma bawang. Kemudian baru masukkan cili kisar. Cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam.

Jika dah secukup rasa, masukkan bawang besar diakhir masakan.

 

4. Jenis dan kualiti ikan bilis.

Nak campurkan ikan bilis pun boleh juga dalam sambal tumis.

Saya biar asingkan sambal tumis dan ikan bilis. Bila di dalam pinggan, baru dikahwinkan ikan bilis bersama sambal tumis.

Jenis ikan bilis juga pun boleh menjadi satu faktor kesedapan sambal itu sendiri.

Ikan bilis mata biru memang menjadi pilihan saya jika masak sambal tumis ikan bilis nasi lemak.

Kalau memasak sendiri di rumah, boleh la gunakan ikan bilis kategori mahal sikit.

Kalau berjual beli, kena fikir juga dari segi kos untuk beli ikan bilis mata biru. hehehe.

 

Published by
Mastura Abu Kassim