Sambal nasi lemak tak pedas untuk anak. Daun pandan rahsia bangkitkan aroma. Cuti sekolah dah tiba lagi. Seronok bila anak-anak ada di rumah. Mak-mak nak masak pun lebih bersemangat.
Nasi lemak memang kesukaan ramai termasuk anak-anak. Tapi kadangkala sambal yang pedas membuatkan anak-anak tak boleh makan. Kali ini di kongsikan resipi sambal nasi lemak yanf tak pedas, khas untuk anak-anak. Aroma sambal ini sungguh wangi bila dimasukkan daun pandan di dalamnya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini ye. Selamat mencuba!
Panaskan minyak. Lebihkan sedikit minyak agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan, tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Masukkan juga belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.
Setelah itu masukkan cili kering kisar. masak sehingga pecah minyak. Masukkan terus nise biar mencair dalam sambal. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian perasakan dengan ajinomoto. Gaul sebati.
Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Ads
Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manisnya. Siap!
Tercari-cari resipi Sambal Nasi Lemak yang sedap dan mudah disediakan? Resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al Habibi ni tentunya perlu anda cuba. Istimewanya, sambal ini tahan lama dan boleh tahan berhari-hari tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Malah ia juga pelbagai guna dan boleh dijadikan pes untuk memasak aneka hidangan seperti nasi, mi, bihun dan kuetiau goreng. Memang memudahkan kerja. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK @ IBU SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1 mangkuk cili kisar (boleh guna kombinasi cili kering besar & kerinting untuk rasa sambal pedas-pedas manis)
Secubit asam jawa – larutkan dengan 1/4 gelas air
2 1/2 sudu makan gula melaka
4 sudu makan gula
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang Holland / kuning
2 biji bawang merah – saiz syiling 20 sen
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan – boleh ganti dengan 1 1/2 sudu makan udang kering
1/2 genggam ikan bilis goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh dan cili betul-betul masak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa. Kacau rata.
5. Selepas bahan mendidih, masukkan 1 sudu makan ikan bilis goreng. Gaul rata.
6. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantic, masukkan gula melaka.
7. Tambahkan juga gula putih dan juga sedikit garam. Tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.
8. Bila sambal mula likat dan berkilat, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
CARA BUAT SAMBAL UDANG GUNA PES SAMBAL. 5 MINIT BOLEH SIAP!
Masukkan 2 senduk sambal ke dalam kuali. Hidupkan api.
Masukkan udang dan tambah 1/4 cawan air. Biarkan udang mengeluarkan airnya sendiri supaya kuah rasa lebih sedap.
Tambahkan secubit garam dan masak udang selama 5 minit.
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Sedapnya lauk Sambal Bilis Tumbuk ni. Lauk yang ringkas je tapi boleh membuatkan kita jadi berselera. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power! Jom cuba resipi perkongsina saudari Adiba San ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
2-3 tangkai cili merah
Sedikit belacan
1 biji tomato
Limau nipis
Ikan bilis goreng secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.
2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!