Sambal Paru, Sambal Sotong dan Sambal Lodeh Jawa ni memang tak asing di kalangan masyarakat Malaysia, Simgapura dan Brunei. Makan dengan Nasi Impit atau nasi memang terbaik, lagi pedas lagi sedap. Nak makan menu ni korang boleh je masak sendiri, tengok pada resipinya mudah je. Yang penting cuba dulu baru tahukan…
SAMBAL GORENG PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | cuci bersih
1 biji bawang besar | mayang halus
Garam gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
8 biji cili merah
8 biji cili padi
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
1. Rebus paru hingga empuk, angkat dan toskan.
2. Hiris nipis paru, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing, ketepikan.
4. Menggunakan kuali lain, tumiskan hirisan bawang hingga layu.
5. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan timbul minyak.
6. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.
7. Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan paru.
8. Tutup api dan gaul paru dengan sambal hingga rata.
9. Angkat dan sambal paru sedia dihidangkan.
Ads
SAMBAL SOTONG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | bersihkan dan hiris bulat
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos Chili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
Ads
6 biji cili merah
6 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 biji tomato
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukan sotong yang telah dibersihkan dalam periuk, kemudian layu dan keringkan air sotong, lebih kurang 2-3 minit, Ketepikan.
2. Panaskn minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar hingga layu.
3. Kemudian masukkan bahan kisar, kecilkan sedikit api dan terus kacau.
4. Setelah bahan kisar pecah minyak, Tambahkan ke dalam sos plum, sos cili Thai.
5. Kemudian masukkan sotong, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api, sambal sotong masam manis sedia dihidangkan.
Ads
MASAK LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris tebal
2 biji kentang | hiris tebal
2 keping tauhu | hiris tebal
1/2 isi dada ayam | hiris kecil
3 keping fuchuk | rendam supaya lembut
Sedikit suhun rendam
5 batang Kacang Panjang | potong 2cm
4 batang anak jagung | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris kecil
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
Sedikit hirisan kubis
500ml santan pekat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing).
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
3. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak,
4. Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya.
5. Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa.
6. Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya kalau buat bergedil, ia dihasilkan dari ubi kentang yang diadun bersama bahan-bahan lain. Nak cuba Sesutu yang lain dari biasa? Menu BergedilTempe perkongsian saudari Rosmy Hashim ni boleh anda cuba. Pasti sedap dan membuka selera.
CARA BUAT BERGEDIL TEMPE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping tempe
2 biji telur
1 pokok daun bawnag
Sedikit hirisan bawang besar
2 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji cili hijau – hiris
Sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Patahkan tempe dan tumbuk hingga lumat.
2. Gaulkan tempe bersama daun bawang, bawang besar, bawang putih, lada hijau, serbuk perasa dan sebiji telur. Gaul rata.
3. Cubit doh dan kepalkan ikut saiz yang dikehendaki. Simpan seketika dalam peti sejuk bagi mengelakkan bergedil hancur semasa digoreng.
4. Pecahkan sebiji lagi telur dan pukul sedikit. Celup bergedil tadi dan goreng menggunakan api kecil hingga garing.
5. Bergedil siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Resipi nugget ayam dan sayur. Sesuai untuk yang nak berdiet sebab bahannya tidak menggunakan tepung. Sesuai jugak untuk anak-anak yang susah nak makan sayur. Selamat mencuba!
RESIPI NUGGET AYAM DAN SAYUR
BAHAN-BAHAN:
Dada ayam dikisar.
Brokoli dikisar
Bunga kubis dikisar
Bawang besar dikisar
*apa jenis sayur yang anda suka.
Telur gred A sebiji.
Nak pedas boleh letak lada/cili padi.
Garam.
CARA MEMASAK:
1.Gaul je semua bahan sehingga sebati.
2.Rehatkan sekejap dalam peti ais supaya mudah nak dibentuk.(saya buat bentuk bulat)
3.Kukus dalam 10minit.(isi nugget tak melekat bila kita cucuk)
4.Boleh disimpan dalam peti ais,sedia digoreng bila bila masa. Hidang bersama sos/mayonis.
Masuk hari ke 14, pasti ramai yang tercari-cari idea nak masak apa untuk berbuka petang nanti. Resipi yang RASA kongsi ni pasti anda suka. Sangat mudah & sedap! Penyediaannya tidaklah terlalu rumit, namun yang pasti, lauk pauk ni pasti kena dengan selera anda yang suka menu pedas.
1. SAMBAL CILI PADI UDANG DENGAN KAMPAS
BAHAN-BAHAN:
1kg udang ] bersihkan
3 biji kampas saiz sederhana ] buang biji, hiris dan rendam seketika dalam air garam
20 biji cili hijau
4 ulas bawang merah
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi dan bawang hingga lumat. Ketepikan.
Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng udang tadi hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan lebihan minyak menggoreng tadi, tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili padi bertukar menjadi hijau gelap. Masukkan asam gelugur.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan kampas dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka lagi pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!