Sambal Paru, Sotong & Lodeh Ni Memang Mantap, Sedap Teringat-Ingat.

Share

Sambal Paru, Sambal Sotong dan Sambal Lodeh Jawa ni memang tak asing di kalangan masyarakat Malaysia, Simgapura dan Brunei. Makan dengan Nasi Impit atau nasi memang terbaik, lagi pedas lagi sedap. Nak makan menu ni korang boleh je masak sendiri, tengok pada resipinya mudah je. Yang penting cuba dulu baru tahukan…


SAMBAL GORENG PARU
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm paru | cuci bersih
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • Garam gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 8 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2 batang serai | hiris

CARA MEMASAK:
1. Rebus paru hingga empuk, angkat dan toskan.
2. Hiris nipis paru, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing, ketepikan.
4. Menggunakan kuali lain, tumiskan hirisan bawang hingga layu.
5. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan timbul minyak.
6. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.
7. Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan paru.
8. Tutup api dan gaul paru dengan sambal hingga rata.
9. Angkat dan sambal paru sedia dihidangkan.


SAMBAL SOTONG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong | bersihkan dan hiris bulat
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan sos Chili Thai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 6 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Masukan sotong yang telah dibersihkan dalam periuk, kemudian layu dan keringkan air sotong, lebih kurang 2-3 minit, Ketepikan.
2. Panaskn minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar hingga layu.
3. Kemudian masukkan bahan kisar, kecilkan sedikit api dan terus kacau.
4. Setelah bahan kisar pecah minyak, Tambahkan ke dalam sos plum, sos cili Thai.
5. Kemudian masukkan sotong, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api, sambal sotong masam manis sedia dihidangkan.


MASAK LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | hiris tebal
  • 2 biji kentang | hiris tebal
  • 2 keping tauhu | hiris tebal
  • 1/2 isi dada ayam | hiris kecil
  • 3 keping fuchuk | rendam supaya lembut
  • Sedikit suhun rendam
  • 5 batang Kacang Panjang | potong 2cm
  • 4 batang anak jagung | hiris serong
  • 1/2 batang lobak merah | hiris kecil
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • Sedikit hirisan kubis
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing).
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
3. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak,
4. Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya.
5. Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa.
6. Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa.
7, Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.

Published by
Norasida Myasin