
Selain sambal belacan, sambal pauh muda juga adalah salah satu sambal yang sedap sungguh dan sesuai untuk menambah selera makan. Nak membuatnya pun senang. Cuma kena rajin menumbuk menggunakan lesung batu. Jangan kisar guna blender pula ya. Tak jadi kalau buat sambal guna blender ni.
SAMBAL PAUH MUDA

BAHAN-BAHAN

Bawang merah (dibakar)
Cili merah
Cili hijau
Belacan
Ikan bilis
Pauh muda
Garam
Gula
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang merah, cili merah dan cili hijau. Jangan lumat sangat.
2. Tumbuk belacan dan ikan bilis.
3. Masukkan pauh muda. Tumbuk sikit-sikit.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sedia dimakan.

Kredit Resipi Azira Mamat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resepi “Squid Game” Yang Viral Dan Sangat Mudah!

Sejak beberapa hari ni, kecoh dengan siri ‘Squid Game’ di Netflix yang viral kerana jalan cerita yang unik dan penuh saspens. Saya sendiri dah habiskan dalam masa 2 hari sahaja. Siri ini mempunyai 9 episod sahaja. Kegilaan manusia terhadap wang boleh membatasi segalanya. Macam-macam emosi bercampur baur ketika menonton siri ini. Dalam episode yang ke-3, mereka perlu memotong manisan mengikut bentuk yang dicetak di atas manisan tersebut dan mempunyai 4 bentuk yang berbeza. Kalini saya nak kongsikan resepi manisan tersebut yang di kongsikan oleh Arni Erma Harriati Adnan di facebook.
RESEPI MANISAN ‘SQUID GAME’
BAHAN-BAHAN:
Gula 1 sudu mkn
Secubit Garam
Secubit Baking Soda
CARA PENYEDIAAN:
- Ambil senduk besar.
- Masukkan Gula…kacau atas api guna chopstick

- Dah mula cair tutup api
- Letak baking soda dan garam
- Kacau laju2.. tuang atas baking paper … tekap dgn acuan bentuk ikut suka .


SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Arni Erma Harriati Adnan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Lepat Liat Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
Patutlah Resipi Terung Goreng Crispy Dapat 20K ‘Share’. Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap & Mudah. Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat.

Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni. Ramai yang beranggapan menu ni susah nak masak. Tapi sebenarnya, kalau jumpa resipi yang mudah, senang je. Bagi anda yang menggemari hidangan dari Kelantan ni, bolehlah cuba masak sendiri. Ringkas dan pasti sangat sedap. Sekali cuba masak menu macam ni, pasti akan ulang masak banyak kali.
CARA MASAK AYAM PERCIK KUAH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | belah dua dan dikelar
BAHAN PERAP AYAM:
- 4 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
- 200ml santan pekat (1 kotak kecil santan kotak)
- 2 keping asam keping
- 3 batang serai | ketuk
- Sedikit biji halba
- Garam dan gula secukup rasa
- 6 ulas bawang merah | kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
CARA MEMASAK:
- Bahan perapan dilumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula. Biarkan lebih kurang 1 jam. Perap dan simpan didalam chiller.
- Campurkan bahan kisar bersama santan. Tuang dalam periuk, masak dengan api yang perlahan. Letakkan juga serai ketuk dan sedikit biji halba didalamnya.
- Masukkan asam keping. Biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
- Tambah sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Lumurkan kuah perchik ini pada ayam sebelum ayam dibakar didalam ketuhar atau dibakar diatas pemanggang arang.
- Pastikan ayam betul-betul masak sebelum ia dihidangkan.
- Tuang sedikit kuah perchik di atas ayam bagi menampakkan ia berjus dan tidak kering semasa dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih lama ayam diperap , ia lebih sedap.
Cara Buat Serbuk Colek Ala Thai, Memang Kecur Air Liur!

Bila sebut tentang makan buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, memang boleh kecur air liur. Lebih-lebih lagi makan di laman bersama keluarga, memang asyik!
Jom kita buat sendiri serbuk colek mangga ala Thai guna bahan yang mudah di rumah, dengan menggunakan cara yang dikongsi Nur Masri.
RESIPI SERBUK COLEK ALA THAI

BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili kering – beli online di sini
Belacan sebesar ibu jari – beli online di sini
¾ cawan udang kering – beli online di sini
1 ½ cawan gula pasir – beli online di sini
TONTON Kuah Rojak Mi Bersama Zabedah Jambeli
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
CARA-CARA
1. Basuh cili kering toskan dan sangai.
2. Basuh udang kering, toskan dan sangai.
3. Bakar belacan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Setelah bahan sejuk, kisar semua bahan guna pengisar kering.
5. Campurkan semua bahan, gaul sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Boleh tambah garam jika kurang masin, jika tidak suka pedas, boleh tambah gula. Ikut selera masing-masin.
*Saya guna cili kering jenis tak pedas
Kredit resipi: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rupanya Guna Bahan Ini, Barulah Air Cocktail Sedap Ada ‘Kick’
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

