Sambal Pauh Muda Versi Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Panas Memang Padu
Makan nasi tanpa sambal seakan tidak lengkap menjamu selera. Jika selalunya kita makan sambal belacan, apa kata kali ini cuba sambal jenis yang lain pula. Sambal Pauh Kelantan memang lain dari yang lain. Sambal Pauh Kelantan ini mudah sahaja untuk disediakan. Sesuai sangat dimakan bersama nasi panas, jom kita cuba resipi Sambal Paun Kelantan seperti yang dikongsikan oleh Husna Ezanee
RESIPI SAMBAL PAUH KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung 3 biji mangga muda 5 biji cili padi (hendak lebih pedas boleh tambah lagi) – beli online Garam secukup rasa – beli online Gula secukup rasa – beli online
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus ikan kembung dengan sedikit garam. Ambil isi ikan.
Ads
2. Tumbuk cili padi bersama garam dan gula sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan mangga muda yang disagat halus.
Ads
4. Tumbuk bersama bahan-bahan tadi. Siap! Mudah sangat hendak buat.
Sedapnya Colek Kampung ni. Kalau biasa anda makan mangga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je, apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Siti Yani ni. Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur. Selain mangga muda, kalau nak cicah dengan jambu batu, jambu air, kedondong atau nanas pun boleh. Sesuai sangat dinikmati di waktu petang atau pada bila-bila masa yang anda inginkan. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk kasar cili padi. Jika suka, boleh tumbuk hingga lumat. 2. Di dalam pinggan bersesuaian, satukan semua bahan kecuali air suam. Sukatannya ikut citarasa.
3. Gaul sebati semua bahan dengan air suam yang dituang sedikit demi sedikit. Air jangan banyak nanti cair.
4. Bila sudah cukup rasa, sedia untuk dinikmati bersama dengan aneka potongan buah-buahan.
NOTA: Sukatan bahan adalah agak-agak sahaja, sesuaikan mengikut selera masing-masing.
Soscili adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita. Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni. Sebotol kecil, harganya dalam RM2-Rm3 ringgit lebih bergantung pada jenama. Kalau sekali guna pun dah 1/2 botol. Sekejap je habis kan. Khas untuk puan-puan yang nak jimat, resipi Sos Cili Thai homemade ni anda boleh cuba.
Hanya dengan bermodalkan RM5, puan-puan dapat menghasilkan tiga botol Sos Cili Thai ni secara homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat jimat! Bagi yang nak cuba, berikut adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Haslindawati Omar.
RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Sedikit cuka makan
½ cawan gula – ikut tahap kemanisan yang anda suka.
Secubit garam
BAHAN KISAR (JANGAN TERLALU HANCUR. AGAK-AGKA SAHAJA):
5 biji cili merah besar – buang biji
4 biji cili padi merah – tidak perlu buang biji
5 ulas bawang putih
1/3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air.
2. Masak bahan kisar tadi hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati sampai gula larut.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
5. Teruskan masak sampai mendidih dan sos berkilat.
6. Siap dan sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Orang kita memang cukup suka padankan hidangan lauk pauk dengan sambal. Segala jenis sambal ada, namun yang paling popular ialah sambal belacan.
Kali ini, Rasa kongsikan seleksi jenis sambal yang ada dan mudah disediakan, hasil daripada perkongsian Kak Zu. Memang nampak sedap!
SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
30 biji cili burung kampung 4 biji cili api merah – beli online di sini ½ cawan ikan bilis ¼ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 1 biji perahan limau nipis
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper cili api dengan garam dan gula. Tumbuk kasar ye. Jangan lumat sangat. 2. Kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur. Akhir sekali, perahkan air limau nipis. Siap.
SAMBAL BELACAN SIAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api merah siam Belacan 1 sudu kecil gula ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil ajinomoto Air asam secukupnya 5 sudu cuka makan ½ biji bawang holland – beli online di sini
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai sebati. 2. Air asam tu agak-agak nak cair atau pekat sambal ya. Jangan kisar hancur sangat tau. 3. Biar ada bahagian yang kasar-kasar tu. Baru syok bila makan gigit-gigit cili tu. Rasanya sebiji rasa macam sambal di kedai tomyam.
SAMBAL TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam merah ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula (kalau tempoyak dah manis, letak gula sikit je cukup) ½ cawan ikan bilis | dibasuh
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan. Dah hancur masukkan ikan bilis. 2. Chopper lagi ikan bilis tu bagi separuh hancur. Akhir sekali, campurkan dengan tempoyak manis.
SAMBAL LIMAU
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil gula Belacan 2 biji limau nipis
1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau. 2. Jangan masukkan air ye, nanti sambal cepat berubah rasa. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk. 3. Sambal ni boleh buat lauk juga. Kalau dah bosan sangat tak tahu nak masak apa, ambil ikan atau ayam, gaul garam dan kunyit. Kemudian letakkan sambal ni di bahagian atas dan masak dalam air fryer.
SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili masak 20 biji cili api 10 biji cili api siam ½ sudu kecil garam 1 sudu besar gula Belacan Buah mangga/bacang/kuinin | diracik-racik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk/chopper kesemua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau. Dah hancur, baru masukkan mangga. 2. Gula boleh ditambah jika mangga tak cukup manis atau sambal pedas sangat.
KUAH ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
Cili api hijau Cili api merah Cili masak Bawang besar Buah tomato (semua dihiris)
BAHAN KISAR:
Bawang besar Cili api Air asam jawa Belacan
CARA MEMBUAT:
1. Lenyekkan dan ramas-ramas dua bahan ni dengan air. Semua bahan disatukan. 2. Masukkan kerisik. Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa. 3. Gula letak lebih sikit. Masukkan limau kasturi yang dibelah 2. Sukatan agak-agak, ikut citarasa dan kepekatan ya.
SAMBAL PICIT
BAHAN-BAHAN:
Air asam jawa Cili api Belacan Garam & gula secukupnya Ajinomoto
CARA MEMBUAT:
1. Picit-picitkan cili padi dan belacan dalam air asam jawa. Kalau suka, tambahkan perahan limau nipis. 2. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus. Warna sambal ini bergantung pada jenis asam jawa dan belacan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!