Sambal Pauh Muda Versi Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Panas Memang Padu

Share

Sambal Pauh Muda Versi Kelantan, Makan Dengan Nasi Putih Panas Memang Padu

Makan nasi tanpa sambal seakan tidak lengkap menjamu selera. Jika selalunya kita makan sambal belacan, apa kata kali ini cuba sambal jenis yang lain pula. Sambal Pauh Kelantan memang lain dari yang lain. Sambal Pauh Kelantan ini  mudah sahaja untuk disediakan. Sesuai sangat dimakan bersama nasi panas, jom kita cuba resipi Sambal Paun Kelantan seperti yang dikongsikan oleh Husna Ezanee

RESIPI SAMBAL PAUH KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung
3 biji mangga muda
5 biji cili padi (hendak lebih pedas boleh tambah lagi) – beli online
Garam secukup rasa – beli online
Gula secukup rasa – beli online

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Rebus ikan kembung dengan sedikit garam. Ambil isi ikan.

2. Tumbuk cili padi bersama garam dan gula sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga sebati.

3. Akhir sekali masukkan mangga muda yang disagat halus.

4. Tumbuk bersama bahan-bahan tadi. Siap! Mudah sangat hendak buat.

Sumber kredit: Husna Ezanee

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Azlin