Sambal Pauh, Resipi Orang Kampung Yang Sangat Sedap & Mudah

Share

Pernah rasa Sambal Pauh? Menu ini juga dikenali dengan nama Sambal Mangga Muda Cara membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Namun rasanya sangat enak dan menaikkan selera makan. Nak buatnya cukup mudah. Hanya perlu tumbuk sahaja. Cubalah. Pasti kena dengan selera. Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba

 

CARA MEMBUAT SAMBAL PAUH KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji mangga muda @ mempelam telur
  • 2 ekor ikan rebus @ panggang tawar
  • 5-6 biji cili padi – terpulang nak pedas macam mana
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Kupas kulit pauh @ mangga dan cincang halus. Boleh juga guna penyagat tapi rasa akan lebih sedap jika kita cincang guna pisau begini.

2.Ambil ikan rebus @ panggang. Asingkan tulang dan isinya. Boleh guna ikan sardin @ ikan Selayang.

3.Mula-mula, ambil lesung dan tumbuk garam bersama cili padi hingga agak lumat.

4.Kemudian masukkan pauh @ mangga cincang. Tumbuk hingga sebati.

5.Hasil pauh @ mangga selepas ditumbuk. Pauh ni tidak perlu ditumbuk hingga lumat sangat.

6.Masukkan isi ikan. Tumbuk hingga semua bahan lumat dan sebati.

7.Rupa Sambal Pauh yang telah dimasukkan ikan. Siap untuk dinikmati.

INFO: Sambal Pauh ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Rasanya pedas-pedas masam memang membuka selera.

 

 

Kredit resipi & foto: Mastura Razali

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Nur