Sambal Penyet ni memang sedap dan boleh tahan lama. Sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk. Jika tiba-tiba teringin nak makan pedas, ceduk sahaja dan makan bersama ikan goreng, ayam goreng, ulam-ulaman dan juga nasi panas. Sangat membuka selera. Nak cuba? Saudari Zurina Zulkefliada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA BUAT SAMBAL PENYET SEDAP TANPA GUNA BANYAK BAHAN
1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga berbau wangi.
Ads
3. Kemudian masukkan tomato. Masak hingga lembik.
4. Seterusnya masukkan cili merah, cili padi dan belacan. Gaul sebati bersama tomato tadi.
5. Padamkan api dan biarkan bahan gorengan di dalam kuali menjadi suam.
6. Masukkan bahan bergoreng tadi ke dalam pengisar. Kisar jangan terlalu kerap bagi mengelakkan sambal menjadi terlalu halus. (INFO RASA: kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh)
7. Sesudah dikisar, masukkan Kembali bahan kisaran ke dalam kuali. Masak lagi hingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
8. Perasakan sambal dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Angkat, sejukkan sambal barulah disimpan dalam bekas bersesuaian.
10. Sambal Penyet ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.
Sambal kundang muda ikan bakar ini secukup rasa masam dan pedasnya. Bagi yang suka makan sambal cicah dengan pelbagai ulam-ulaman, mesti cuba sambal ini ye.
Buah kundang ini ada yang panggil buah staq, setar dan ada yang panggil remia. Kalau tak ada, boleh ganti dengan buah lain asalkan masam. Misalnya buah mangga, kedondong, epal hijau, belimbing dan sebagainya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh CikZah atau puan Faizah Hussain ini ye. Selamat mencuba!
Ada kala, membuat air asam untuk dimakan dengan ikan bakar, tidak menjadi. Sama ada terlalu pedas mahupun terlalu masam. Apatah lagi jika rasanya tak kick disebabkan terlalu banyak bawang.
Jom RASA kongsikan resipi air asam yang gerenti sedap dan tidak mengecewakan.
AIR ASAM
BAHAN TUMBUK
2 inci belacan
4 tangkai cili padi
1/2 labu bawang besar
CARA MEMBUAT BAHAN TUMBUK
1. Bakar belacan.
2. Sementara itu basuk cili padi dan bawang besar.
3. Tumbuk cili padi dan bawang besar.
4. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
BAHAN LAIN
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kerisik
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 biji bawang merah kecil
1 biji tomato (dipotong dadu)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan BAHAN TUMBUK ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, kerisik dan BAHAN HIRIS
3. Perahkan limau kasturi.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yang diingini.
Bila sebut pasal Sambal Goreng berapi, pasti ramai yang terbayang keenakan lauk yang sangat mudah dimasak ini. Sangat ringkas bahan-bahannya namun rasanya sangat sedap dan boleh buat makan bertambah banyak kali. Cukup sekadar nasi panas, telur goreng dan juga ulam. Memang berselera. Sesuai sangatlah dicuba oleh anda yang punya masa yang terhad dan juga bagi penggemar lauk pedas. Saudari Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada sebanyak mana yang anda mahukan.
2.Goreng bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis secara berasingan.
3.Setelah semuanya siap digoreng, satukan dan kisar hingga hancur.
4.Goreng kembali bahan yang dikisar tadi dalam kuali. Masukkan asam keping dan serbuk perasa. Masak terpulang pada selera sama ada nak sambal yang kering atau basah.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama nasi panas dan telur mata goreng kuning cair.