Petai, masak sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba. Memang terangkat bila rasa.

IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI

Sambal Petai Ikan Bawal & Telur Puyuh, Memang Sedap & Terangkatlah
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 keping aluminium foil
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan air asam jawa

Bahan-bahan kisar:

Ads
  • 10 biji cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
  4. Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
  5. Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
  6. Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
  7. Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
  8. Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.

SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

Sambal Petai Ikan Bawal & Telur Puyuh, Memang Sedap & Terangkatlah
BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Ads

NAK MASAK SAMBAL GUNA AIR FRYER, JOM SEMAK PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Ads

Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

Dua Resipi Sambal Yang Confirm Buat Selera Bertambah, Jom Tengok!

https://www.rasa.my/sambal-bilis-telur-kacau-paling-sedap-senang-buat-ni-2/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI