Sambal sardin bunga Kantan. Bila terbayangkan aoma bunga kantan yang wangi itu, dah dapat bayangkan hidangan itu mesti penuh aroma dan sedap. Bubuh lah dalam apa masakan, mesti akan membangkitkan selera kita.
Boleh cuba resipi ini ye. Yang penting, mudah tapi sedap!
1 tin sardin saiz sederhana
1 batang bunga kantan (racik)
1-2 biji ubi kentang (potong, lumur dengan serbuk kunyit dan garam)
5-7 biji cili padi merah (ketuk/belah dua) – boleh beli online di sini
1labu bawang Bombay (hiris bulat)
1-2 sudu makan cili giling – boleh beli online di sini
Sedikit air asam jawa – boleh beli online di sini
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak – boleh beli online di sini
3 biji bawang merah – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 inci halia – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hirisan kentang yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit. Setelah agak garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk/kisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili giling dan kacau sebati. Setelah terbit minyak, bolehlah masukkan ikan sardin dan kuahnya. Kacau perlahan supaya isi ikan tidak hancur.
Kemudian masukkan kentang yang sudah digoreng, bunga kantan dan air asam jawa. Gaul sekata. Setelah itu masukkan pula hirisan bawang besar dan cili padi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar seketika dan tutup api.
Siap sambal sardin bunga kantan! Mudah je kan? Jangan lupa cuba tau!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official