Sambal Sardin, Lauk Ekspres Yang Sedap Sampai Menjilat Pinggan

Share

 

 

Sardin dalam tin memang selalunya menjadi stok lauk ketika rasa malas nak masak. Atau boleh jadi apabila sudah kehabisan stok lauk basah dalam peti ais. Ada macam-macam style masak sambal. Kali ini RASA kongsikan resipi sambal sardin daripada Azura Ishak.

SAMBAL SARDIN LETOPS EKSPRES


.

BAHAN-BAHAN


Ini je bahan-bahannya.

Minyak masak
Kentang | potong kecil
Bawang putih | dicencang
Bawang merah | dihiris
Halia | dihiris
Cili boh (atau cili kering yang dikisar)
Garam secukup rasa
1 tin besar sardin
Sos cili

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng kentang sehingga masak. Ketepikan.


Kentang digoreng dulu..

2. Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.


Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Masukkan cili boh. Tumis lagi. Masukkan garam.


Masukkan pula cili boh dan tumis lagi.

4. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.

5. Masukkan sardin dan sos cili. Biarkan mendidih. Matikan api.


Biarkan mendidih.

Selamat mencuba!

Resipi Oleh Azura Ishak

Published by
Maryam Elyas