Makan

Sambal Sotong Kembang Pelengkap Nasi Lemak

Share

Dapat rasa sambal sotong yang padu rasa memang puas hati.Kadang beli belum tentu rasanya kena dengan cita rasa. Sambal tak cukup masak, masih terasa cili boh, sukar nak dapat yang betul-betul kena dengan tekak. Kalau ada yang nak sarapan dengan Nasi Lemak esok,bolehlah buat ikut resepi ini.

SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong – bersihkan
6 -7 sudu makan cili kering kisar (cili kering direbus dulu sebelum dikisar)
2-3 sudu makan bawang besar kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan halia kisar
1-2 biji bawang besar – hiris kasar
1 ketul (kecil) gula melaka
1 sudu teh pes asam jawa
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
1 mangkuk kecil kacang tanah
1 mangkuk kecil kacang tanah
CARA MEMASAK:

1.Bersihkan sotong dan rebus sekejap. Bila air sudah mendidih, padamkan api dan biarkan seminit dua. Kemudian toskan air dan potong ikut saiz yang anda suka.
2.Goreng kacang tanah dan kisar sedikit kasar. Ketepikan.
3.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar sampai sedikit garing.
4.Masukkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih dan halia. Ratakan sekejap.
5.Masukkan cili kering kisar, ratakan.

6.Tambahkan juga gula melaka. Tumis semua bahan dan gaul sebati.
7.Seterusnya masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (jumlahnya agak-agak sahaja) dan sedikit pes asam jawa. Gaul rata dan biarkan hingga naik minyak.
8.Boleh masukkan sotong. Gaul rata.
9.Kemudian masukkan juga kacang tanah goreng yang sudah dikisar kasar tadi.
10.Masukkan sedikit air, gaul lagi. Jika suka boleh tambah kacang tanah lagi.
11.Teruskan masak sehingga sambal pecah minyak dan wangi. Sentiasa kacau supaya sambal tidak hangit.

12.Bila semua bahan sudah masak sempurna, padam api dan Sambal Sotong Kembang
sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri