Hari minggu, tapi tak ada mood nak ke pasar, lauk dalam peti sejuk pun hanya tinggal sotong. Apa kata anda cuba resipi Sambal Sotong Lengkuas, senang je nak masak. Lagipun sotong tak sampai 15 minit dah masak, makan dengan nasi putih memang terangkat. Sedappp.
SAMBAL SOTONG LENGKUAS
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz XL | bersihkan dan hiris bulat besar
150gm lengkuas | parut atau kisar kasar
1 biji bawang besar | hiris
1 keping asam gelugur
150ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
Ads
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
12 biji cili padi
2 batang serai
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali.
Setelah sotong kecut, tutup api dan toskan sotong.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan santan, asam gelugor dan parutan lengkuas yang telah diperah airnya.
Masukkan sotong kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setalah kuah pekat dan cukup rasa, tutup api.
Sambal sotong lengkuas sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau dah buntu nak buatkan hidangan apa untuk anak di rumah, boleh cuba resipi apam coklat ni. Resipi apam coklat yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook ni memang sangat sedap dan pasti menjadi! Kaya dengan rasa coklat yang tak terlalu manis dan lembut gebu gitu memang diam-diam dah habis je. Kalau nak buat jualan guna resipi ni pun saya pasti laku keras apam coklat ni. Saya kongsikan resipinya di bawah. Jom kita cuba!
APAM COKLAT
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum
5½ atau 6 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur ( akak guna gred B )
¾ cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air suam
CARA PENYEDIAAN:
Tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk koko. ( diayak )
Masukkan gula, susu pekat, telur, minyak jagung dan air suam
Kacau sebati (guna whisk je)
Rehatkan ½ jam
Oles minyak dalam acuan
Tuang adunan
Kukus 20 minit.. api sederhana
Dah sejuk keluarkan apam dari acuan
Hias ikut kesukaan..
p/s : perap 5 atau 6 jam. Nak perap semalaman pun boleh.
Apam Mekar adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, Apam Mekar ini juga tidak sukar untuk disediakan. Jika nak cuba, resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Bolehlah cuba buat untuk minum petang atau sarapan. Pasti puas hati.
CARA BUAT APAM MEKAR YANG SEDAP & GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan. 2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu. 3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan. 4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas. 6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag)
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit. 8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam.
Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Kopi memang bahan ramuan yang amat lazat dimasukkan dalam pembuatan biskut. Ada pulak tambahan serbuk koko, jadilah rasa mocha yang tak jemu dimakan.
.
Ni dua biskut mocha iaitu Black & White Toffee Cookies dan Famous Amos Mocha yang menyatukan kelazatan coklat dan keenakan kopi dalam satu. Jom cuba buat dua biskut olahan dari Norliyana Harun yang juga pemilik bakeri dan pastri Dinda Delights. Memang terbaiklah kedua biskut ini. Pasti menikmati citarasa kopi dan coklat.
BLACK & WHITE TOFFEE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
225gm mentega
50gm gula kastor
10gm serbuk kopi/esen kopi
10ml air panas
Bahan B :
150gm tepung gandum
115gm tepung jagung
15gm serbuk koko
Bahan hiasan:
Coklat putih secukupnya
Coklat gelap secukupnya
Biskut yang dihancurkan | contoh biskut Marie atau biskut tawar
CARA MEMASAK : 1. Bancuh kopi di dalam air panas, ketepikan dan biarkan sejuk. 2. Campurkan mentega dan gula. Pukul sehingga berkrim. 3. Masukkan bancuhan kopi, dan bahan B pukul sebati. 4. Canai doh dan terap mengikut bentuk yang diinginkan. 5. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 20minit. 6. Cairkan coklat putih dan gelap. Masukkan ke dalam beg piping. 7. Lorekkan di atas biskut dan hiaskan dengan taburan biskut yang telah dihancurkan.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Gandingan serbuk koko dan esen kopi yang lazat Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan biskut dalam keadaan sejuk sebelum coklat dilorekkan.
FAMOUS AMOS MOCHA CHIP
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
250gm mentega
1 1/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen mocha/mocha compound
1 biji telur
Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
6 sudu makan minyak jagung
2 cawan mocha chip
1/2 cawan badam hiris
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega dan gula. Pukul bahan tersebut sehingga sebati. 2. Masukkan esen mocha/ mocha compund dan telur sehingga sebati. 3. Masukkan bahan B kecuali mocha dan badam. Gaul sebati menggunakan spatula. Jika menggunakan hand mixer anda hendaklah menggunakan kelajuan paling perlahan dan pastikan cukup sekadar sebati sahaja. 4. Masukkan mocha chip dan badam. Gaulkan. 5. Bentukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius, selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Saiz hidangan : 7-8 orang, anggaran 90 keping Waktu memasak : 25 hingga 30 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Enak rasa kacang badam dan mocha Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Suhu yang rendah 150 darjah celcius dan panjangkan waktu pembakaran untuk memastikan biskut dimasak dengan sempurna.
ANDA SEDANG MENCARI OVEN PEMBAKAR BISKUT YANG TERBAIK, ATAU MENCARI PERKAKAS DAPUR YANG LAIN SECARA ONLINE, LAYARILAH DI SINI, ADA BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!