Sambal Sotong Lengkuas Terlajak Sedap, Korang Kena Cuba !

Share

Hari minggu, tapi tak ada mood nak ke pasar, lauk dalam peti sejuk pun hanya tinggal sotong. Apa kata anda cuba resipi Sambal Sotong Lengkuas, senang je nak masak. Lagipun sotong tak sampai 15 minit dah masak,  makan dengan nasi putih memang terangkat.  Sedappp.

SAMBAL  SOTONG LENGKUAS

  • BAHAN-BAHAN:
    500gm sotong saiz XL  | bersihkan dan hiris bulat besar
  • 150gm lengkuas | parut  atau  kisar kasar
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 keping  asam gelugur
  • 150ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali.
  2. Setelah sotong kecut, tutup api dan toskan sotong.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, asam gelugor dan parutan lengkuas yang telah diperah airnya.
  5. Masukkan sotong kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setalah kuah pekat dan cukup rasa, tutup api.
  7. Sambal sotong lengkuas sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin