Perasan tak, kadangkala ada individu yang tidak boleh menikmati sambal yang menggunakan belacan sebagai ramuannya. Ini kerana mereka mungkin mempunyai resdung atau alahan. Kalau makan juga, alamatnya bersin-bersinlah jawabnya.
Justeru, seorang personaliti kebun bandar, Enkay Nik Mustaffa memberikan resipi Sambal Tanpa Belacan. Menurutnya, resipi ini adalah daripada ibunya sendiri yang kerap membuat sambal sebegini disebabkan mahu mereka yang ada alahan pun dapat menikmati sambal ketika makan nasi. Barulah nikmat, kan?
Sambal ini tidak menggunakan gula putih sebaliknya menggunakan gula melaka yang juga dipanggil sebagai gula kelapa atau nise.
“Saya memang dah lama tidak ambil gula putih. Ini kerana gula putih mengandungi bahan tidak baik dalam tubuh. Gula boleh menyebabkan ketagihan. Malah turut tidak elok diambil secara berlebihan sehingga meningkatkan risiko kepada masalah jantung,” ujarnya.
Jom kita tengok resipi sambal tanpa belacan ni. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ayam goreng. Wow!
Ads
SAMBAL TANPA BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
10 biji limau kasturi (dibelah dan diperah jus dan bijinya)
2 inci halia
Segenggam cili padi
5 sudu besar cuka makan
Sedikit gula melaka
Garam scukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT:
1) Bawang merah dan bawang putih dibakar.
2) Ambil pengisar, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dibakar tadi.
3) Masukkan kulit limau kasturi.
4) Masukkan jus limau kasturi yang telah ditapis.
5) Masukkan halia.
6) Kisar semua ini sehingga hancur.
7) Masukkan pula cili padi. Kisar sekali lagi.
8) Masukkan cuka makan. Kisar sekali lagi.
9) Masukkan gula melaka dan garam mengikut cita rasa anda. Kisar lagi. Siap untuk dihidang.
Ads
Perkongsian Enkay mengenai sambal tanpa belacan ini di TikTok telah mendapat 267.3k tontonan.
Sambal Tempe Hancur sedap untuk dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Kalau malas masak banyak lauk, kita kena sediakan makanan yang sedia untuk dimakan seperti Sambal Tempe Hancur ini. Nak buat pun senang sangatlah. Jom kita cuba resipi Sambal Tempe Hancur seperti yang dikongsikan oleh Asmida Asman
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomatodan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Bila sebut pasal Sambal Goreng berapi, pasti ramai yang terbayang keenakan lauk yang sangat mudah dimasak ini. Sangat ringkas bahan-bahannya namun rasanya sangat sedap dan boleh buat makan bertambah banyak kali. Cukup sekadar nasi panas, telur goreng dan juga ulam. Memang berselera. Sesuai sangatlah dicuba oleh anda yang punya masa yang terhad dan juga bagi penggemar lauk pedas. Saudari Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada sebanyak mana yang anda mahukan.
2.Goreng bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis secara berasingan.
3.Setelah semuanya siap digoreng, satukan dan kisar hingga hancur.
4.Goreng kembali bahan yang dikisar tadi dalam kuali. Masukkan asam keping dan serbuk perasa. Masak terpulang pada selera sama ada nak sambal yang kering atau basah.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama nasi panas dan telur mata goreng kuning cair.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.